SHAH ALAM, 20 JULAI: Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri Pejabat SUK Selangor berlangsung meriah bertempat di Dewan Jubli Perak.
Dengan pelbagai jenis hidangan daripada 14 buah gerai yang dihias penuh kreativiti, majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Hadir sama barisan Exco dan kepimpinan Kerajaan Negeri serta dari seluruh agensi di Selangor.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu Aidilfitri daripada kakitangan Pejabat SUK.
Sehingga jam 12.45 tengahari, lebih 3,000 tetamu hadir memeriahkan rumah terbuka ini.
Mohamed Azmin meluangkan masa beramah mesra bersama kakitangan awam yang turut mengambil kesempatan merakam gambar kenangan sebelum beredar meninggalkan majlis.
Sumber : Selangorkini.
Kemaskini pada 2017-07-21 15:03:40 daripada