A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Rasai keseronokan ‘Slip n’ Slide’ sepanjang 450 kaki

berita

DAMANSARA, 13 SEPT: Buat julung kali gelongsor air gergasi atau Slip n’ Slide akan berlangsung di Selangor selama sebulan bermula 30 September hingga 29 Oktober ini dengan kepanjangan 450 kaki.

Ketua Pegawai Eksekutif Monkey Theory Sdn Bhd, Leong Delon berkata, Slide the City Malaysia merupakan satu fenomena yang tunggu rakyat Malaysia sejak ia diperkenalkan di negara ini pada Disember 2015.

Katanya, sebagai pengajur program itu, tahun ini buat julung kali pihaknya mengadakan di Selangor dengan kerjasama Toursim Selangor kerana Selangor antara salah sebuah negeri tumpuan masyarakat.

“Sebelum itu kita telah pun mengembara ke negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru.

“Oleh itu, tahun ini kita mensasarkan 70,000 pengunjung akan hadir ke Slip n’ Slide yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam,” katanya ketika majlis pelancaran Slide the City di GLO Damansara, di sini pagi tadi.

Delon berkata, menariknya tahun ini, karnival itu akan diadakan selama sebulan di setiap hujung minggu berbanding sebelum ini yang hanya di adakan selama tiga hari sahaja.

“Keputusan itu dibuat setelah melihat kepada permintaan orang ramai yang mahu ia dipanjangkan tempoh waktu supaya ia dapat dinikmati bersama keluarga dengan lebih lama.

“Tahun ini juga kita akan menambah beberapa aktiviti lain seperti permainan karnival antaranya Rodeo Bull, Dunking Game, Bungee Run dan Gladiator Joust.

“Selain itu disediakan juga sebanyak 15 trak makanan sepanjang karnival itu berlangsung,” katanya.

Delon berkata, orang ramai boleh mendapatkan tiket secara online atau di kedai serbaneka 7-Elevan di sekitar lembah Klang, Selangor dan Pulau Pinang dengan harga RM29 bermula minggu ketiga September ini.

Tambahnya lagi, sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan ke Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF Malaysia) untuk menyokong pesakit yang mengidap penyakit buah pinggang.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-09-14 07:25:54 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page