A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pingat Emas IIDEX2017 milik pensyarah UNISEL

berita

SHAH ALAM, 1 OKT: Sepasukan pensyarah dan pelajar Universiti Selangor (UNISEL) berjaya merangkul pingat emas menerusi pertandingan Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX2017), pada 29 September lalu.

Pengarah Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan berkata, kumpulan penyelidik dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran itu menewaskan pesaing lain menerusi persembahan projek penyelidikan, ‘MyParcel: A Web-Based and Mobile Application System for Parcel Acceptance and Delivery’.

Katanya, projek penyelidikan diketuai Nahdatul Akma Ahmad itu dibiayai Geran Penyelidikan Bestari UNISEL 2017.

“Penyelidikan itu melibatkan pembangunan sistem dan aplikasi mudah alih MyParcel bertujuan melancarkan proses pengurusan bungkusan pos pelajar dan staf di Pejabat Kediaman Kolej, UNISEL Bestari Jaya.

berita

“Sistem dan aplikasi berkenaan sudahpun siap sepenuhnya dan bakal digunapakai di UNISEL Kampus Bestari Jaya tidak lama lagi,” katanya kepada SelangorKini.

Bertempat di UiTM Shah Alam, pertandingan bertaraf antarabangsa itu disempurnakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan disertai 735 peserta.

Hasril berkata, kejayaan itu seharusnya dijadikan pemangkin buat warga UNISEL untuk terus memberikan yang terbaik sama ada di peringkat nasional mahupun global.

“Semoga lebih banyak lagi projek penyelidikan UNISEL dapat diketengahkan di masa hadapan. Tahniah diucapkan,” katanya.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-02 07:49:11 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page