Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Puji usaha Selangor bantu nelayan

berita

SHAH ALAM, 9 OKT: Inisiatif Kerajaan Negeri membantu golongan nelayan persisir pantai wajar dipuji, kata Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim.

Beliau berkata, tanggungjawab secara menyeluruh ke atas kebajikan nelayan sewajarnya terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, pentadbiran negeri diketuai pucuk pimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco Kerajaan Negeri, Zaidy Abdul Talib mengambil tanggungjawab itu secara berkesan.

“Dengan kemampuan terhad, Kerajaan Negeri secara konsisten melaksanakan tanggungjawab itu walaupun kebajikan menyeluruh terhadap nelayan terletak di bawah bidang kuasa kementerian.

“Kerajaan Negeri misalnya, membantu dengan melaksanakan pelbagai dasar dan inisiatif seperti bantuan peralatan GPS, jala serta mesin,” katanya kepada SelangorKini.

Kerajaan Negeri sebelum ini memperuntukkan RM1.6 juta bagi menyediakan bantuan berbentuk peralatan menangkap ikan kepada nelayan serta makanan ternakan ikan untuk usahawan akuakultur Selangor.

Selain itu, RM600,000 diperuntuk bagi bantuan peralatan kolam ternakan membabitkan 168 penerima.

Pada masa sama, Belanjawan 2018 bakal menyaksikan pelbagai inisiatif baru dalam usaha membantu nelayan meningkatkan jaringan pendapatan.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-11 07:23:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page