Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

LZS bantu surau SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara

berita

SHAH ALAM, 20 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan membantu membaik pulih surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 4, Bandar Kinrara, di Puchong yang uzur.

Menurut laman Facebook LZS, selain baik pulih, antara bantuan yang disyorkan ialah peralatan surau, pembelian karpet dan kelengkapan untuk beribadah.

Kedatangan wakil LZS ke lokasi terbabit turut disambut baik Pengetua Sekolah, Haniza Mohd Jabar.

Hasil semakan wakil mendapati keadaan surau sedikit uzur dengan karpet surau berusia 15 tahun serta dalam keadaan tidak baik.

“Semoga usaha ini dapat membantu pihak sekolah membimbing pelajar mendalami ilmu agama dan ibadah solat dalam keadaan selesa dan mencukupi,”

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-23 07:25:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page