Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Elfira Loy cemburu dengan Smart Selangor

berita

SHAH ALAM, 30 OKT: Artis dan usahawan muda, Elfira Loy menzahirkan rasa terujanya dengan inisiatif Smart Selangor yang diperkenal Kerajaan Negeri, sejak 2016.

Bercakap menerusi FB Live di Facebook Smart Selangor, Elfira turut memuji langkah Selangor menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan berasaskan Internet Of Things untuk manfaat penduduk.

Katanya, inisiatif berkenaan membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualiti, di Selangor.

“Orang Selangor, terutama pelajar berpeluang nikmati perkhidmatan Bas Smart Selangor secara percuma dilengkapi wifi yang membolehkan mereka melakukan tugasan dengan mudah serta menjimatkan.

“Saya cemburu dengan adik saya yang kini sedang menuntut di salah sebuah intitusi pengajian tinggi, di Selangor,” selorohnya.

Beliau ditemubual Penolong Pengurus, Jabatan Komunikasi Korporat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Mohd Syazwan Rahimy, di booth Smart Selangor sempena Sambutan Ulang Tahun ke-10 Astro Oasis di Universiti Selangor (Unisel), di sini, pada 28 Oktober lalu.

Gadis 23 tahun itu juga sempat berkongsi rasa bangga dengan usaha Smart Selangor menyediakan aplikasi khas mengesan kualiti udara dengan zarah berdiameter 2.5 micrometer particles (PM2.5).

“Tak ramai yang sedar apa yang kita hirup itu penting, perlu oksigen untuk hidup tetapi oksigen yang baik. Aplikasi sebegini pastinya membantu penduduk Selangor untuk menikmati kehidupan lebih sihat dan berkualiti,” katanya.

Beliau turut teruja apabila dimaklumkan berkenaan aplikasi Bas Smart Selangor Transport Information System yang bakal dilancar, minggu hadapan.

Ditanya harapan terhadap Selangor, anak jati Kuala Lumpur itu mohon rakyat menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan Negeri menjayakan agenda Smart Selangor.

“Jangan lupa muat turun aplikasi bagus yang disediakan Smart Selangor yang sememangnya bermanfaat. Semoga Selangor berjaya menggapai hasrat bergelar Smart State terulung di ASEAN, menjelang 2025 nanti,” katanya.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-11-01 07:24:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page