A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

KDEBWM ambil alih kutipan sampah MDKL Mac 2018

image

SHAH ALAM, 27 DIS: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) akan mengambilalih kutipan sampah awam di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), bermula Mac 2018.

Pengurus Besar KDEBWM, Ramli Mohd Tahir berkata, proses pengambilalihan dibuat selepas tempoh kontrak pengurusan lama tamat.
“Untuk rekod, pihak kami telah menghantar pegawai untuk membuat semakan, keperluan lori kompaktor dan proses inventori di kawasan MDKL.

“Selepas selesai semuanya, pengambilalihan akan dibuat pada Mac 2018 ini,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mengumumkan Belanjawan Selangor 2018 antara lain memfokuskan usaha meluaskan operasi KDEBWM bagi pengurusan sisa pepejal di PBT lain.

Ia susulan kejayaan pengurusan sampah di Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang diusahakan KDEB Waste Management.
Ramli berkata, pihaknya juga memberi jaminan untuk memberikan perkhidmatan terbaik selaras dengan prinsip ‘Smart Waste Management’.

“Kami sedia memberi jaminan terbaik, walaupun pada cuti perayaan atau cuti umum, proses kutipan sampah akan diteruskan kakitangan kerja yang ada.

“Kita tidak boleh membiarkan proses kutipan tergendala kerana sebagaimana maklum proses kelewatan ini hanya akan memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Pada 1 Mac 2017, KDEBWM mula mengambil alih pembersihan awam di PBT terlibat secara berperingkat.

Keberkesanan pengurusan baru itu menyaksikan aduan berhubung pengurusan sampah berkurangan kepada enam pada Jun lalu, berbanding 227 diterima, Mac lalu.

KDEBWM adalah anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI) yang bertanggungjawab sebagai koordinator pengurusan projek di kawasan pentadbiran MPK, MPAJ dan MPS.

Sumber : Selangorkini

 


Kemaskini pada 2017-12-28 09:46:47 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page