/KURSUS_OPERASI_PENYELAMATAN_AIR_(KOPA)_2026_2.png)
KURSUS OPERASI PENYELAMATAN AIR (KOPA)
OBJEKTIF KURSUS
a) | Meningkatkan kompetensi peserta dalam melaksanakan operasi penyelamatan air secara selamat, sistematik dan berkesan melalui penguasaan teknik menyelamat, penggunaan peralatan serta pengendalian bot penyelamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan; |
b) | Memperkasa keupayaan peserta dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana berkaitan air melalui latihan simulasi, pengurusan risiko serta koordinasi operasi bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dan tindak balas yang optimum di lapangan; dan |
| C) | Memberi pendedahan kepada peserta berkaitan prosedur pengurusan mangsa termasuk bantuan awal kecemasan dan kaedah pemindahan mangsa ke lokasi selamat. |
MAKLUMAT KURSUS
- Tarikh : 9 -12 JUN 2026
- Yuran : RM30
- Lokasi : Pusat Latihan Penguat Kuasa Selangor (PULAPES), Jugra
HUBUNGI KAMI :
No.TEL : 03- 31201186 Email : admin.pulapes@selangor.gov.my












