A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: session_start(): open(/var/lib/php/session/sess_d41jsv20mqgesbhrdau50c1mu4, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: libraries/Session.php

Line Number: 143

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: session_start(): Failed to read session data: files (path: /var/lib/php/session)

Filename: libraries/Session.php

Line Number: 143

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 | 

LZS agih RM323 juta kepada penerima zakat

berita

SHAH ALAM, 7 APR: Sejumlah RM323 juta diagihkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada penerima zakat di negeri itu sepanjang tahun 2017.

Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid, berkata agihan itu melibatkan sembilan golongan penerima yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin, muallaf, fisabillah dan gharim.

“RM75.1 juta telah diagihkan untuk bantuan kewangan dan makanan bulanan asnaf fakir miskin dan RM57.6 juta untuk bantuan keperluan pendidikan dan yuran persekolahan tadika, rendah dan menengah.

“Manakala RM52.7 juta bantuan umum pelajaran, dermasiswa dan biasiswa melibatkan 5,000 penerima dan RM42.2 juta untuk bantuan bina, baik pulih dan sewa rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penghargaan LZS 2017 di Grand Bluewave Hotel di sini, malam tadi.

Jelasnya, sebanyak RM29.4 juta lagi diperuntukkan bagi bantuan dialisis dengan membabitkan 2,800 penerima, RM28.1 juta untuk elaun guru kelas fardhu ain dan RM28.9 juta untuk bantuan perubatan.

Katanya, selain itu RM5.8 juta untuk derma siswa pelajar di luar negara dan dalam negara dan RM3.2 juta lagi diperuntukan dermasiswa hufaz Quran, derma siswa pasca ijazah Sultan Idris Shah dan pelbagai bantuan lain yang disalurkan secara berkala setiap bulan.

“Usaha dan penat lelah pembayar zakat sebenarnya dimanfaatkan oleh penerima zakat dan tanpa titik peluh pembayar, mana mungkin kami di LZS dapat menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada asnaf,” katanya lagi.

Sementara itu pada majlis sama, sebanyak 12 anugerah dan tiga anugerah khas membabitkan tiga kategori disampaikan dalam majlis terbabit.

Anugerah itu disampaikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Bakhtiar Hussin.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-04-09 12:34:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page