Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sasar 20 juta pengguna Bas Smart Selangor

berita

 


SHAH ALAM, 11 APR: Kerajaan Negeri mensasarkan 20 juta pengguna perkhidmatan Bas Smart Selangor, tahun ini, kata Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim.

Beliau optimis, jumlah itu mampu dicapai berdasarkan perkembangan positif peningkatan jumlah penumpang sejak diperkenalkan pada 2015.

Chang Khim mendedahkan, pentambahan jumlah pengguna perkhidmatan itu semakin bertambah memangkan wujudnya pembaikan yang giat dilaksanakan di peringkat Kerajaan Negeri.

Katanya, ini termasuklah kemudahan perkhidmatan bas yang menyediakan fasiliti wifi percuma, tambang percuma, kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan jaminan aspek keselamatan terbaik bagi pengguna bandar dan luar bandar.

“Sehingga 31 Disember lalu, jumlah pengguna bas percuma ini mencecah 10 juta pengguna dan bagi dua bulan pertama tahun ini angkanya mencecah 2.3 juta pengguna.

“Perkembangan positif ini pastinya akan terus dikekalkan demi jaminan kelangsungan rakyat Selangor,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mula memperkenalkan inisiatif bas percuma di bawah penjenamaan Bas SelangorKu pada 2015.

Bagaimanapun, penjenamaan Bas Smart Selangor diperkenalkan bagi menambah baik pelaksanaan dasar sedia ada di bawah agenda Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diperkenalkan pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-04-12 10:10:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page