Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PENGUATKUASAAN SERTA-MERTA TAHAP KESELAMATAN BANGUNAN SSAAS SEMPENA PILIHAN RAYA UMUM KE-14

>>DOWNLOAD SURAT PEKELILING SUK BIL. 2 TAHUN 2018

Semua Pegawai Daerah Negeri Selangor Darul Ehsan
Semua Pegawai Daerah Negeri Selangor Darul Ehsan
Semua Datuk Bandar / Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Darul Ehsan
Semua Ketua Jabatan / Agensi / Badan Berkanun Negeri / Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Semua Setiausaha Bahagian / Timbalan Pengarah / Ketua Penolong Setiausaha, Sekretariat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

YB Dato’ / YAD Dato’ Setia / YBhg. Dato' / YBhg. Datin Paduka / Tuan / Puan,

 

SURAT PEKELILING SUK BIL. 2 TAHUN 2018

PENGUATKUASAAN SERTA-MERTA TAHAP KESELAMATAN BANGUNAN SSAAS SEMPENA PILIHAN RAYA UMUM KE-14

 

Dengan hormatnya saya menarik perhatian YB Dato’ /YAD Dato’ Setia/ YBhg. Dato'/ YBhg. Datin Paduka/ Tuan/ Puan mengenai perkara di atas.

 

2.       Dimaklumkan bahawa Pentadbiran ini akan meningkatkan tahap keselamatan di Bangunan SSAAS sempena Pilihan Raya Umum Ke-14. Sehubungan itu, langkah-langkah yang akan diambil adalah seperti berikut:

i.          Hanya Pos 1 akan dibuka mulai 09 Mei 2018 sehingga Kerajaan baru dibentuk;

ii.         Semua kakitangan DIWAJIBKAN memakai Kad Pengenalan Jabatan (KPJ) apabila memasuki Pos Kawalan di hadapan Pos 1. Kakitangan yang tidak mempamerkan KPJ tidak akan dibenarkan masuk;

iii.        Semua Pelawat yang berurusan di Bangunan SSAAS DIWAJIBKAN mendapatkan dan memakai Pas Pelawat yang akan disediakan di Pos Kawalan di hadapan Pos 1;

iv.        Mana-mana Pelawat yang ingin menurunkan dan mengambil Kakitangan/Pelawat DIWAJIBKAN mengambil dan memakai Pas Pelawat;

v.         Semua pekerja pembersihan/kontraktor DIWAJIBKAN mengambil dan memakai Pas Pelawat;

vi.        Semua kakitangan dan pekerja pembersihan/kontraktor adalah tidak dibenarkan memasuki Kawasan Bangunan SSAAS pada 09 Mei 2018 (Rabu) kecuali Urus Setia/Petugas Bilik Gerakan Negeri;

vii.       Ketua-ketua Jabatan di Bangunan SSAAS hendaklah memastikan pintu pejabat sentiasa dikunci selepas waktu bekerja.

 

Segala kerjasama dan perhatian pihak YB Dato’/ YAD Dato’ Setia/ YBhg. Dato'/ YBhg. Datin Paduka/ Tuan/ Puan untuk tindakan lanjut berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

-Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor


Kemaskini pada 2018-05-08 16:43:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page