Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tunai harapan dan janji, pertahan kebajikan rakyat

berita

KLANG, 14 MEI : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya pemimpin di negeri ini tidak meminggirkan kebajikan rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka menerajui kepimpinan negeri.

Baginda bertitah, rakyat mempunyai harapan dan keyakinan tinggi terhadap mereka seperti janji dinyatakan pemimpin, ketika berkempen dalam pilihan raya sebelum ini.

“Ahli Yang Berhormat dipilih rakyat mempunyai harapan supaya dapat membela nasib rakyat baik dari kampung atau bandar.

“Semasa berkempen (pilihan raya), Yang Berhomat sanggup pergi ke pelusuk rantau untuk meyakinkan rakyat supaya memilih Yang Berhormat.

“Janganlah selepas menjadi pemimpin dan wakil rakyat, Yang Berhormat melupakan kawasan pilihan raya dan langsung tidak meninjau nasib rakyat.

“Yang Berhormat harus menunaikan janji yang dinyatakan kepada rakyat yang berharap supaya mereka dapat tinggal dalam sebuah negeri aman dan makmur ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Akujanji Serta Pengurniaan Suratcara Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Istana Alam Shah, Klang, petang ini.

Hadir sama, Dato’ Menter Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan pimpinan Ahli Dewan Negeri dari kerajaan serta pembangkang.

Majlis turut menyaksikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dilantik bagi membantu pentadbiran Kerajaan Selangor, penggal ini.

Pada masa sama, baginda bertitah, barisan kepimpinan Exco yang dilantik perlu bekerjasama membantu Dato’ Menteri Besar melaksanakan dasar berkebajikan kepada rakyat, di negeri ini.

“Beta berkenan Exco Negeri yang dilantik ini hendaklah bekerjasama dan membantu Dato’ Menteri Besar mentadbir negeri.

“Exco dan Ahli Yang Berhormat hendaklah menjalankan tugas berpandukan peraturan, undang-undang serta garis panduan ditetapkan.

“Janganlah sesekali melanggar undang-undang ini serta melakukan sesuatu untuk kepentingan diri,” titah baginda.

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-05-16 03:34:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page