Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kebejatan Sikap Musnah Keindahan Pantai Morib

image

SHAH ALAM, 10 OGOS: Kebejatan sikap sering menggagalkan usaha pelbagai pihak dalam menangani isu pelupusan sampah dengan cara betul, sekali gus menyumbang kepada kewujudan lokasi sampah haram.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid berkata, kemusnahan yang berlaku ketika ini berpunca daripada sikap sesetengah masyarakat tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan kesan buruk yang bakal berlaku

“Banyak pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta bertungkus lumus berusaha memastikan kelestarian alam sekitar kekal terjamin dengan menjalankan pelbagai program dan aktiviti dalam daerah ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan program di Pantai Morib, baru-baru ini yang mengundang kepada pemandangan amat mendukacitakan.

Mohamad Zain berkata, melalui kelulusan diberikan, MDKL jelas menyatakan syarat perlu dipatuhi penganjur dan antaranya adalah memastikan kebersihan pantai itu berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada sampah.

“Tetapi malang sekali apabila terdapat masyarakat tidak bertanggungjawab dengan sengaja membuang sampah merata-rata di Pantai Morib sehingga mengundang ketidakselesaan kepada pengunjung lain selain mencemarkan pemandangan pantai itu sendiri.

“Oleh itu, saya mengingatkan kepada semua penganjur yang diberikan kelulusan untuk menganjurkan sebarang aktiviti di Pantai Morib sentiasa mematuhi syarat ditetapkan jika mereka tidak mahu
disenarai hitamkan dan tindakan keras bakal diambil terhadap mereka,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengajak seluruh masyarakat supaya dapat bersama MDKL memastikan daerah itu sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat dengan menyalurkan maklumat jika didapati mereka tidak bertanggungjawab sengaja membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan.


Kemaskini pada 2018-08-16 09:43:06 daripada Amir Hisham

  •  
  • Print
  • Email this page