Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Putus Rumusan Terbaik Untuk Manfaat Negeri

image

LANGKAWI, 15 OGOS: Rumusan dibuat melalui retreat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memberi kesan positif terhadap perancangan dan program dijayakan.

EXCO Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim berkata, retreat itu penting bagi merangka dasar dan program yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk manfaat semua.

“Ia diadakan sejak 2008 apabila kita mengambil alih pentadbiran negeri dengan EXCO dan Ketua Jabatan berbincang semua dasar serta program untuk penambahbaikan.

“Kita merancang kembali khususnya apabila Belanjawan 2019 akan dibentangkan nanti dan ia penting bagi masa depan negeri serta rakyat,” katanya kepada Media Selangor.

EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail pula berkata, hasil retreat kali ini lebih baik dengan perkongsian idea bersama agensi Persekutuan, sekali gus membolehkan Selangor bersaing hingga ke peringkat antarabangsa.

“Apabila menyentuh soal kebajikan rakyat, kita merancang agenda penting dan bersesuaian dengan peredaran semasa supaya ia relevan.

“Negeri dan rakyat juga mampu mengdepani cabaran masa depan dengan perancangan rapi,” katanya.

Usaha perancangan melalui retreat itu memberi kelebihan kerana Kerajaan Negeri melaksanakan dasar dan program untuk masa depan dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang, kata Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim.

“Berdepan dengan cabaran besar pada masa akan datang, Selangor sebagai negeri termaju melakukannya dengan baik dan terancang menerusi program yang baik.

“Melaluinya, kita juga dapat memberi dan berkongsi idea melalui kepakaran masing-masing bagi mencapai keputusan diinginkan,” katanya.


Kemaskini pada 2018-08-16 10:41:41 daripada Amir Hisham

  •  
  • Print
  • Email this page