Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

DNS: ADN sambut baik titah Sultan Selangor

berita

SHAH ALAM, 3 SEPT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor menyifatkan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai menyeluruh apabila menyentuh pelbagai isu membabitkan kepentingan rakyat.

ADN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, antara isu disentuh baginda termasuk menghadkan umur perkahwinan kanak-kanak kepada 18 tahun.

“Hal itu menunjukkan keprihatinan Tuanku terhadap perkembangan semasa dan saya yakin perbahasan untuk menghadkan umur akan diterima semua ADN.

“Perkara lain disebutkan adalah kebajikan rakyat, terutama sistem penyampaian membangunkan negeri seperti Smart Selangor Delivery Unit (SDDU) tetapi ADN perlu main peranan memperkasakannya dalam perbahasan mereka nanti,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) berkata demikian kepada media selepas selesai Istiadat Perasmian Mesyuarat Kedua 

(Pembukaan) Penggal Pertama Persidangan DNS ke-14 2018, di Dewan Annex, di sini, hari ini.

ADN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli pula berkata, titah Sultan Sharafuddin itu selaras dengan pendirian Pakatan Harapan (PAKATAN), terutama berkenaan kebajikan rakyat.

“Kita dapat lihat isu rakyat amat dekat di hati Tuanku apabila Tuanku memberi penekanan khasnya dalam isu perkahwinan kanak-kanak yang ingin kita pinda akta atau enakmen Undang-Undang Keluarga Islam atau had umur kanak-kanak perempuan.

“Ini menandakan keprihatinan tuanku terhadap isu membabitkan kanak-kanak, kemasyarakatan dan masa depan rakyat Selangor khasnya.

“Tuanku turut menyentuh isu alam sekitar membabitkan penggunaan beg plastik yang selaras dengan dengan dasar PAKATAN, justeru sebagai ADN kita akan mendidik masyarakat untuk memahami saranan itu,” katanya.

Sementara itu, ADN Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi pula berkata, ucapan bernas baginda mengingatkan Kerajaan Negeri dan semua ADN supaya memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, di Selangor.

“Saya lihat ucapan itu menyentuh peranan ADN dan Kerajaan Negeri berkaitan pembangunan, hubungan manusia dengan tuhan, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitar.

“Tanggungjawab ini harus dipandang serius kerana kita perlu menjaga alam sekitar sebaik mungkin kerana kita hanya meminjam alam sekitar ini daripada anak serta cucu cicit pada masa hadapan,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-09-04 15:32:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page