Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pembentangan Belanjawan Selangor bermula 23 November

image

 

SEKINCHAN, 25 SEPT: Pembentangan Belanjawan Selangor akan bermula pada 23 November depan, kata Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Ng Suee Lim.

Katanya, pada pembentangan itu, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari akan terlebih dahulu membentangkan ucapan belanjawannya sepanjang 2019.

“Saya juga ingin memaklumkan, majlis angkat sumpah jawatan bagi dua Ahli Dewan Negeri (ADN) yang baru, iaitu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong dijangka berlangsung pada hari pertama atau kedua pada sidang pembentangan bajet tersebut.

“Walaupun angkat sumpah ini berlaku lambat, namun ia tidak menghalang kedua-dua mereka menjalankan tugas seperti biasa,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 8 September lalu, Halimey Abu Bakar daripada Pakatan Harapan (PAKATAN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia apabila menewaskan calon Pas, Dr. Halimah Ali dengan majoriti 4,027 undi.

Sementara bagi PRK DUN Balakong, ccalon PAKATAN, Wong Siew Ki, 32 menang dengan majoriti 18,533 undi mengatasi calon MCA Tan Chee Teong, 40.

 


Kemaskini pada 2018-09-28 10:20:43 daripada Amir Hisham

  •  
  • Print
  • Email this page