A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

‘Business Matching’ pembaharuan Jelajah Usahawan Selangor 2019

image

 

SHAH ALAM, 17 JAN: Kerajaan Negeri akan memulakan agenda ‘Business Matching’ sebagai suatu bentuk pembaharuan kepada program Jelajah Usahawan Selangor (JUS), pada tahun ini.

EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, penambahbaikan itu dengan menggabungkan tiga entiti termasuk usahawan, kewangan dan pemain industri.

“Di bawah portfolio usahawan, saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menambahbaik keadaan usahawan, khususnya di Selangor, sama ada usahawan industri kecil dan sederhana mahupun mikro.

“Ia menjadi pemangkin kepada peningkatan perusahaan dan perniagaan dengan membawa agensi, usahawan serta institusi untuk membentuk jaringan dalam kalangan mereka, melalui satu medium yang sama.

“Saya yakin, melalui ‘Business Matching’ turut memberi peluang kepada usahawan bertemu dengan agensi kerajaan berkaitan untuk memperluas, sekali gus meningkatkan perniagaan mereka,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Pada masa sama, beliau berkata, program JUS tahun ini diteruskan seperti biasa membabitkan sembilan daerah, di Selangor bagi menyampaikan program usahawan, terutama dalam merancakkan ekonomi rakyat.

“Peserta yang terbabit adalah pengusaha industri kecil dan sederhana dari setiap daerah, usahawan setempat termasuk agensi kerajaan berkenaan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

“Melalui program JUS ini, Kerajaan Negeri mahu melihat usahawan sedia ada dibangunkan ke satu tahap yang lebih baik, berstatus SME, mempunyai produk berkualiti, berdaya maju untuk pasaran tempatan mahupun pasaran luar negara,” katanya.


Kemaskini pada 2019-01-18 09:11:18 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page