A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kerjasama Selangor-Bandung kukuhkan agenda Smart State

image

 

SHAH ALAM, 29 JAN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari memulakan rangka kerja ke Bandung, Indonesia minggu lalu, sebagai usaha mengukuhkan hubungan strategik ke arah merealisasikan Smart State 2025.

Dalam pertemuan bersama Gabenor Jawa Barat, Mochammad Ridwan Kamil di Kediaman Rasmi Gedung Pakuan, kedua-dua tokoh itu membincangkan kerjasama antara Petaling Jaya dan Bandung sebagai ‘Smart City’ yang terjalin sejak 2016.

“Hubungan erat yang dijalin menerusi ‘strategic partnership’ Petaling Jaya-Bandung akan terus subur dan mendatangkan impak positif.

“Ini juga adalah permulaan yang baik dalam usaha meletakkan Selangor sebagai aktor utama rantau Asia Tenggara,” kata Amirudin.

Sebagai Gabenor provinsi yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai di Indonesia dengan 50 juta penduduk, Ridwan turut berkongsi pengalaman dan inisiatif beliau laksanakan sewaktu memegang jawatan Walikota Bandung dan seterusnya memenangi jawatan Gabenor Jawa Barat.

Selain itu, Amirudin juga turut berkongsi pengalaman detik bersejarah 9 Mei 2018, program-program Inisiatif Peduli Rakyat serta prospek hubungan kerjasama Selangor-Jawa Barat.

Dalam lawatan itu juga, Amirudin turut memenuhi undangan makan malam rasmi Walikota Bandung, Oded Muhammad Danial di Kediaman Rasmi Walikota.

Terdahulu, Ridwan pernah mengadakan lawatan kerja ke Selangor dan berjumpa dengan Mantan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam membincangkan penyelesaian pintar membangunkan Bandung sebagai smart city untuk dijadikan contoh kepada Selangor.

Perbincangan dua hala itu turut membabitkan pembangunan aplikasi Bandung yang berjaya membangunkan budaya demokratik dalam komuniti sekali gus, penyelesaian pintar untuk belanjawan membabitkan keperluan rakyat di Bandung.

Turut dilaksanakan adalah jalinan kerjasama Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Bandung, melalui program Sister City menerusi pembukaan kiosk Little Bandung di Paradigm Mall, Kelana Jaya.

MoU itu yang ditandatangani Dato’ Bandar MBPJ, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain dan Ridwan itu antaranya menggariskan kerjasama dalam pembangunan ekonomi, perdagangan dan pendidikan yang memberi faedah kepada masyarakat di kedua-dua bandaraya itu.


Kemaskini pada 2019-01-29 15:23:52 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page