A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MBSA buka kaunter tambahan sepanjang Februari

image

 

SHAH ALAM, 14 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka kaunter tambahan sepanjang Februari bagi memudahkan warga Shah Alam khususnya menjelaskan bayaran cukai taksiran.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, ia memberi peluang kepada pemilik harta membuat bayaran dan berurusan pada cuti hujung minggu serta cuti am.

“Pembayaran cukai taksiran boleh dibuat di Kaunter Utama, Tingkat G, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam.

“Kaunter bayaran juga dibuka di Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kaunter tambahan itu dibuka sejak 2 Februari lalu diikuti pada 3,5,6,9,10,16,17,23 dan 24 Februari bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Kami ingin mengingatkan kepada semua pemegang harta supaya menunaikan tanggungjawab dengan menjelaskan cukai taksiran masing-masing kerana ia dapat membantu MBSA menguruskan kutipan sampah domestik, pembersihan kawasan dan menyelenggara infrastruktur awam seperti jalan, lampu jalan, longkang serta membina lebih banyak taman awam.

“Melalui kutipan cukai taksiran, ia dapat membantu MBSA menguruskan bandaraya Shah Alam dengan lebih cekap dan efisien,” katanya.

Sebarang pertanyaan berhubung cukai taksiran sila hubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA, di talian terus 03-5522 2881/2882.


Kemaskini pada 2019-02-14 14:59:55 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page