A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sikap baik dan mantap insaniah kunci hadapi zaman baharu

image

 

SUBANG JAYA, 20 MAC: Mempunyai sikap baik dan mantap kemahiran insaniah adalah kunci utama bagi mahasiswa dalam menghadapi arus perkembangan teknologi.

Dekan Fakulti Inovasi dan Teknologi Taylor’s University, Professor Dr David Asirvatham berkata, ketika ini banyak pekerjaan dijalankan secara automatik dan tahap teknologi kepintaran buatan (AI) bakal menyaingi manusia.

“Kunci utama kekal relevan ketika ini adalah mempunyai sikap yang baik. Jika kita ada sikap baik, kita akan bersungguh meneroka pengetahuan baru.

“Selain itu, memiliki kemahiran insaniah (soft skill) seperti kemahiran berkomunikasi penting pada masa ini. Jika ada dua perkara ini, tidak perlu bimbang segala perubahan zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Smart Selangor AWS Students Awareness, di Taylor’s University, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, banyak kelebihan dan manfaat jika mahasiswa mendalami pengetahuan berkaitan pengkomputeran awan (cloud computing).

“Antaranya, jika dahulu untuk membina server memakan masa seminggu, hari ini kita tidak perlu lagi membeli server berbentuk fizikal, terus ke cloud dan pasang (install) perkara yang kita mahu,” katanya.

Terdahulu, Udemy penyedia pembelajaran dalam talian, dalam kajiannya menyenaraikan kemahiran berkomunikasi sebagai 10 kemahiran terpenting bagi seorang pekerja pada 2019.


Kemaskini pada 2019-03-21 08:33:50 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page