Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

JAIS: Enam masjid siap, 14 lagi sedang dibina

berita
 
SEKINCHAN, 14 MEI: Enam lagi masjid baharu di daerah Klang, Shah Alam dan Gombak siap dibina dalam tempoh 2018 hingga Mei 2019 ini.
 
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim berkata, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 426 buah masjid di seluruh Selangor.
 
 
 
Manakala, katanya, kerja-kerja pembinaan 14 buah masjid baharu juga sedang giat dilakukan di beberapa lokasi bagi menampung keperluan dan permintaan jemaah yang kian meningkat.
 
“Selaras dengan konteks kerajaan yang membangun dan mementingkan pembangunan modal insan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM106 juta kepada JAIS demi perkembangan institusi agama Islam.
 
“Peruntukan yang diterima ini digunakan untuk menambah baik fasiliti yang sedia ada termasuk menambah bilangan institusi agama seperti masjid, surau dan sekolah.
 
“Pertambahan fasiliti ini selaras dengan hasrat Tuanku dalam mengembangkan syiar Islam,” katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan di hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM), Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat, penyampaian sumbangan dan perasmian masjid, di Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Kampung Sungai Leman, di sini, semalam.
 
Pada masa sama, Haris mahu menyeru pihak masjid yang berkemampuan memasang kamera litar tertutup (CCTV) atau melantik pengawal keselamatan bagi menjaga keselamatan harta benda termasuk keselamatan persekitaran.
 
Katanya, hal itu bagi memastikan kawasan masjid di Selangor kekal sebagai zon selamat dan aman.
 
“Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri, JAIS dan Majlis Agama Islam Selangor untuk mewujudkan persekitaran pengurusan masjid yang lestari, aman dan kondusif, kita menjalinkan kerjasama dengan Polis iaitu 1 Masjid 1 Polis.
 
“Kerjasama ini dapat memberikan satu jaminan bahawa masjid merupakan zon aman untuk melakukan ibadah selain aktiviti komuniti untuk mengeratkan hubungan silaturrahim,” katanya.
 
Sementara itu, beliau berharap Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau yang akan dipilih bagi sesi 2020-2022 dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.
 
“Pada bulan Julai yang akan datang juga akan berlangsungnya Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau Negeri Selangor Sesi 2020-2022.
 
“Semoga yang bakal dilantik dapat menjalankan amanah yang diberikan selaras dengan hasrat dan titah Tuanku dalam membudayakan pengurusan masjid dan surau yang berintegriti, lestari dan efisyen,” katanya.
 
Sumber : Selangorkini

Kemaskini pada 2019-05-17 16:38:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page