Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Prihatin warga emas guna troli, MB hadiahkan kerusi roda elektrik

berita
 
SHAH ALAM, 23 MEI: Nasib sepasang warga emas yang menggunakan troli barang untuk ke bazar Ramadan mendapat perhatian Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.
 
Sebelum ini tular di WhatsApp kisah seorang wanita menolak suaminya yang tidak mempunyai kaki menggunakan troli di Kampung Sungai Kertas.
 
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jamil Azaman berkata, terdahulu pejabat Dewan Undangan Negeri sudahpun menyerahkan kerusi roda kepada keluarga berkenaan.
 
“Namun ia tidak digunakan kerana mungkin tidak selesa untuk pakcik berusia 72 tahun itu hendak bergerak ke tempat yang diingininya.
 
“Disebabkan itu beliau menggunakan troli barang kerana mungkin lebih selesa, tetapi kami kasihankan makcik berkenaan kerana usianya juga sudah tua dan mungkin tak berdaya lagi menolak suaminya setiap hari,” katanya.
 
Prihatin dengan nasib keluarga berkenaan, Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua menyerahkan kerusi roda elektrik, baru-baru ini.
 
Hadiah istimewa sempena Aidilfitri itu diberi bagi membantu warga emas berkenaan bergerak dengan lebih selesa setiap hari.
 
Selain kerusi roda elektrik, Dato’ Menteri Besar turut menyerahkan barangan keperluan dapur.

Kemaskini pada 2019-05-27 14:22:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page