Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Menteri Besar Selangor mengalu-alukan maklum balas rakyat

berita
SHAH ALAM, 19 JUN : Bersempena setahun menggalas tanggungjawab selaku Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengalu-alukan maklum balas dan cadangan daripada rakyat supaya pentadbirannya sentiasa berjalan lancar.
 
Amirudin dalam kenyataan berkata, beliau berazam untuk meningkatkan pencapaian hasil negeri, memberdaya rakyat Selangor menerusi pelbagai program sekaligus menjadikan negeri itu damai sentosa.
 
“Setahun yang lalu, saya diberi amanah menggalas tanggungjawab sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor ke-16.
 
“Dengan penuh tekad, saya berazam untuk meningkatkan pencapaian hasil negeri, memberdaya rakyat Selangor menerusi Program Inisiatif Peduli Rakyat serta mensejahtera negeri dengan suasana Selangor yang damai dan sentosa,” tulisnya dalam kenyataan menerusi posting di Instagram.
 
Sementara itu, Amirudin berkata, beliau turut mengharapkan dokongan dan sokongan padu daripada penjawat awam, kakitangan swasta dan seluruh kepimpinan Selangor.
 
“Justeru dokongan dan sokongan padu daripada penjawat awam, kakitangan swasta, serta kepimpinan Selangor di seluruh peringkat amatlah saya harapkan.
 
“Saya amat mengalu-alukan maklum balas serta cadangan terutamanya daripada rakyat agar pentadbiran ini akan sentiasa mengutamakan agenda kemakmuran bersama,” katanya.
 
Pada masa sama, beliau optimis semoga usaha untuk merealisasikan agenda Selangor Maju Bersama dapat dicapai sebaiknya.
 
“Saya memanjatkan doa agar kita semua diberi kekuatan dan kebijaksanaan untuk meneruskan usaha memakmurkan Selangor. Semoga kita kekal seiringan dalam usaha kita merealisasikan agenda Selangor Maju Bersama,” katanya.
 
Hari ini Amirudin genap setahun menggalas tugas sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 susulan kemenangan luar biasa Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
 
Beliau menggantikan tempat bekas Menteri Besar sebelumnya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang terpaksa melepaskan jawatan itu apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memerlukan khidmat beliau menggalas tugas lebih besar di peringkat persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Kemaskini pada 2019-06-20 10:09:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page