Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Bas Smart Selangor kini beroperasi di UiTM Shah Alam

SHAH ALAM, 4 JUL : Bas Smart Selangor kini memulakan operasinya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bermula 1 Julai.
 
Melalui perkongsian di twitter rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, bas berkenaan beroperasi selama tujuh hari seminggu bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.
 
Bas laluan 4 itu boleh didapati dengan nombor bas SA04.
 
Perkongsian itu turut mendapat reaksi positif daripada penuntut UiTM yang rata-ratanya gembira apabila bas percuma itu mula bertapak di institusi pendidikan berkenaan.
 
Sementara itu Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menerusi twitternya mengharapkan supaya perkhidmatan bas Smart Selangor itu dapat memberi manfaat kepada mahasiswa.
 
Terdahulu Kerajaan Negeri pada tahun lalu mengumumkan perkhidmatan Bas Smart Selangor diteruskan dengan cadangan peruntukkan sebanyak RM30 juta bagi 2019.
 
Kejayaan menyediakan perkhidmatan bas percuma ini berjaya menjadikan Selangor sebagai contoh kepada negeri-negeri lain untuk menyediakan perkhidmatan seumpamanya.
 
Bas Smart Selangor yang pernah diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records, merupakan kerjasama Kerajaan Negeri dengan komitmen PBT dalam mempertingkatkan hubungan jaringan serta capaian kawasan bandar dan luar bandar ke arah lebih baik.

Kemaskini pada 2019-07-04 17:35:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page