Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor Mega Job Fair kembali, terap konsep ‘Foreign to Local’

berita
SHAH ALAM, 10 JUL: Selangor Mega Job Fair 2019 kembali menemui masyarakat dengan mengetengahkan konsep ‘Foreign to Local’ di Shah Alam, pada November.
 
EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, penganjurannya susulan karnival pekerjaan itu menerima sambutan amat menggalakkan di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang Mac lalu.
 
“Dalam program ‘Foreign to Local’ ini, kita akan jalin kerjasama dengan beberapa pusat kemahiran di Selangor ini.
 
“mereka dilatih tak kira apa bidang seperti kulinari, perhotelan atau apa sahaja.
 
“Apabila peserta tamat belajar, kita pastikan mereka dapat kerja di sebuah syarikat dan syarikat itu pula kena gantikan pekerja warga asing dengan pekerja tempatan itu tadi,” katanya.
 
Khairuddin berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Nine 11 di Bernama TV, semalam.
 
Mohd Khairuddin berkata, beliau menjangkakan karnival pekerjaan itu sekali lagi mendapat sambutan hangat oleh golongan pencari pekerjaan.
 
Katanya, sebelum ini, sebanyak 200 syarikat termasuk 20 yang menawarkan pekerjaan kepada golongan Orang Kelainan Upaya dengan 11,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada Selangor Job Fair 2019.
 
Mohd Khairuddin berkata, usaha ini adalah salah satu strategi Kerajaan Negeri bagi mengekalkan Selangor sebagai negeri yang mempunyai kadar pengangguran yang rendah.
 
Sumber : Selangorkini

Kemaskini pada 2019-07-17 14:24:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page