Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PKNS : Projek Seksyen 18 Tingkat Nilai Hartanah Bumiputera

LOGO-PKNS

SHAH ALAM, 4 JAN : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjelaskan, pembinaan 60 unit pangsapuri 13 tingkat di Seksyen 18 di sini, bertujuan meningkatkan nilai hartanah Bumiputera di Shah Alam.

Ini setelah kuota perumahan kos rendah, sederhana rendah dan sederhana telah lama dipenuhi oleh PKNS.

 

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, pembangunan di Shah Alam adalah berlandaskan Pelan Struktur Shah Alam di mana PKNS memenuhi perancangan pembangunan yang ditetapkan kerajaan negeri mengikut pecahan 20 peratus rumah kos rendah, 20 peratus rumah kos sederhana rendah dan 10 peratus kos sederhana.

 

“PKNS sudah memenuhi kuota yang ditetapkan dalam dasar perancangan perumahan menerusi pembinaan 14,240 unit rumah kos rendah (32.3 peratus), 9,386 unit rumah kos sederhana rendah (21.29 peratus) dan 4,476 unit rumah kos sederhana (10.16 peratus) di Shah Alam,”katanya.

Lebih daripada 63 peratus daripada projek hartanah PKNS di Shah Alam meliputi kos rendah, sederhana rendah dan sederhana berbanding 50 peratus kuota yang ditetapkan. Manakala, 37 peratus lagi adalah kos sederhana tinggi dan tinggi.

 

Bagi projek perumahan PKNS di Seksyen 1 sehingga Seksyen 24, Shah Alam, lebih 95 peratus dibeli oleh Bumiputera. Bandar- bandar yang dimajukan oleh PKNS seperti Bangi dan Shah Alam lebih diminati oleh masyarakat Bumiputera.

Jumlah itu lebih tinggi daripada kuota 70 peratus Bumiputera yang diamalkan oleh PKNS dan jauh lebih tinggi daripada kuota 30 peratus Bumiputera yang dikenakan ke atas pemaju lain.

 

Ini membuktikan bahawa PKNS tetap komited dan tidak akan lari daripada matlamat asal penubuhannya bagi membantu rakyat Selangor khususnya Bumiputera dalam pemilikan kediaman yang sempurna dan mampu dimiliki.

“Dakwaan yang mengatakan PKNS cuba menekan dan menghalau Bumiputera dari Shah Alam dengan pembinaan projek berkenaan adalah tidak berasas sama sekali memandangkan sebanyak 113,552 daripada 124,664 unit rumah yang dibina PKNS setakat ini terdiri daripada rumah kos rendah dan sederhana manakala, selebihnya adalah kos tinggi yang selama ini turut memberi manfaat kepada warga Shah Alam,” katanya.

 

Ishak berkata, pembinaan projek itu dijangka mampu memberi nilai tambah yang positif, di samping meningkatkan imej pembangunan di kawasan sekitar, malahan cadangan pembangunan berkenaan telah mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tambahnya, keuntungan daripada pembinaan projek perumahan kos tinggi akhirnya akan disalurkan semula kepada rakyat Selangor menerusi subsidi projek rumah mampu milik dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Projek-projek mampu milik PKNS di Bukit Botak dan Bandar Baru Bangi masing-masing telah diperuntukkan subsidi sebanyak RM80 juta dan RM12 juta.

 

Secara keseluruhannya, PKNS akan membina sebanyak 12,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lapan tahun ke hadapan sehingga 2020 dengan jumlah subsidi sebanyak RM1.1 bilion. Ini termasuklah di Antara Gapi, Bernam Jaya, Kota Puteri, Taman Sains Selangor 2, Seksyen U12 Petaling dan beberapa lokasi lagi di seluruh Selangor.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page