Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PENGENALAN

EKSPO PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI (RESEARCH, DEVELOPMENT AND INNOVATION) TAHUN 2019

imageimageimageimageimage

image

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor telah mengumumkan dalam ucapan Belanjawan 2019 di bawah Strategi Pertama : Memacu Pembangunan Ekonomi Negeri melalui pelbagai agensi pelaksana di bawahnya dengan mengatur strategi dan usaha bagi memastikan Negeri Selangor terus ke hadapan baik dalam bidang ekonomi, sosial dan alam sekitar. Strategi terbaru yang akan dilaksanakan adalah klusterisasi atau pembangunan gugusan antaranya gugusan pendidikan.

Antara program yang dilaksanakan adalah (R,D & I) EXPO yang akan menghimpunkan serta menampilkan hasil penyelidikan institusi pengajian tinggi terutamanya yang terdapat di dalam Gugusan Pendidikan tersebut. Dalam masa tiga tahun Kerajaan Negeri merancang untuk memastikan ekspo ini akan berkembang menjadi ekspo penyelidikan tersohor di Asia Tenggara.

Oleh itu, bagi memastikan Program Research, Development and Innovation (R,D & I) EXPO menjadi realiti inisiatif telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui poftfolio pendidikan tinggi dengan menyediakan perancangan pelaksanaan program ini secara komprehensif dan holistik ke arah menjadikan Negeri Selangor hub pendidikan di Malaysia.

OBJEKTIF

1. Di antara program yang bakal dilaksanakan adalah Expo Penyelidikan dan R&D yang akan menghimpunkan serta menampilkan hasil penyelidikan institusi pengajian tinggi yang ada dalam Gugusan Pendidikan tersebut.
   
2. Dalam masa tiga tahun Kerajaan Negeri merancang untuk memastikan ekspo ini akan berkembang menjadi ekspo penyelidikan tersohor di Asia Tenggara yang mempunyai kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seumpama Institut Teknologi Bandung dari Indonesia, Nanyang Institute of Technology dari Singapura dan Mahidol University dari Thailand.

 

LOKASI

Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur

TARIKH

10 Hingga 13 Oktober 2019


Kemaskini pada 2019-09-24 14:53:37 daripada BPSM Mohd Zulyazid

  •  
  • Print
  • Email this page