Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Himpunan Perguruan Silat Selangor pada 13 Oktober 2019

Himpunan Perguruan Silat Selangor 2019
Tarikh : 13 Oktober 2019 (Ahad)
Tempat :  Istana Bandar, Banting, Selangor

pengumuman

Buat julung kalinya, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Generasi Muda, Majlis Sukan Negeri Selangor, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dan Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Selangor akan menganjurkan Himpunan Perguruan Silat Selangor 2019 pada 13 Oktober 2019 (Ahad), bertempat di Istana Bandar, Banting.

Dengan bertemakan #BagaiSirehPulangKeGagang, program ini adalah platform menghimpunkan semua Persatuan Silat dari pelbagai perguruan dan juga para pesilat belia dari seluruh Negeri Selangor.

Antara aktiviti- aktiviti menarik seperti berikut;
- Persembahan Silat dari pelbagai perguruan;
- Zafina Senam Pencak Tari;
- Persembahan Silat Seni Tari;
- Persembahan Silat Tempur;
- Persembahan Busana Melayu (demo ikatan samping);
- Pameran tanjak dan senjata tradisional;
- Kenduri Rakyat;
- Majlis Ikrar Taat Setia;
- Pameran kuih tradisional dan barangan kraf tangan; dan
- Pameran booth oleh agensi- agensi kerajaan termasuk PADAT, Tourism Selangor, Hijrah dan Jabatan Kesihatan dan gerai-gerai jualan.

Jangan lupa datanglah beramai- ramai memeriahkan lagi program.

Maklumat lanjut, sila hubungi;
1) En Muhammad Shafiy Bin Mazlan (017-5707320)
2) Puan Noorasyikin Binti Abd Latip (0136027102)


Kemaskini pada 2019-10-07 15:59:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page