Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

JAIS disaran manfaatkan alam siber sampai dakwah

berita

SHAH ALAM, 1 OKT : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) disaran memanfaatkan alam siber yang terbuka luas untuk menyampaikan dakwah kepada kumpulan sasar seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari bagaimanapun berkata, ia perlu dikawal supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan dakyah ajaran sesat.

“Unit dakwah berdepan cabaran besar bukan hanya untuk menyampaikan dakwah yang terbaik kepada semua pihak tetapi bagaimana mahu pastikan ia sampai kepada kumpulan sasar.

“Oleh itu, dakwah kita perlu lebih jelas dan justifikasi logik harus sampai kepada komuniti dalam dunia terbuka hari ini. Ia harus selari bukan hanya melahirkan da’i biasa tetapi mampu berdepan populariti pendakwah yang terdiri dalam kalangan selebriti.

“Ini perlu bagi mengimbangi mereka supaya tidak tenggelam maklumat yang kita sampaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptamanya bertajuk Hala Tuju dan Cabaran Institusi Islam dalam Revolusi 4.0 di Konvensyen Tranformasi Pengurusan Hal Ehwal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah, Masjid Negeri, di sini.

Hadir sama Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad.

Peserta yang hadir Konvensyen Transformasi Pengurusan Hal Ehwal JAIS di Dewan Muzakarah, Masjid Negeri pada 1 Oktober 2019. FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Pada masa sama, Amirudin berkata, masih terdapat masyarakat Islam yang kurang memahami undang-undang jenayah syariah dan terdapat kelompok yang menentang pelaksanaannya ketika ini.

“Oleh itu, dengan memanfaatkan perkembangan teknologi semasa, masyarakat perlu difahamkan dengan Undang-undang Jenayah Syariah yang berkuat kuasa,” katanya.

Konvensyen itu diadakan sempena ulang tahun ke-74 penubuhan JAIS yang bertujuan berkongsi dengan masyarakat pencapaiannya dalam memacu transformasi pengurusan hal ehwal Islam sepanjang tujuh dekad itu.

Ia juga bertujuan untuk mendapatkan input daripada pelbagai pihak bagi penambahbaikan jangka panjang supaya JAIS seiring dengan perkembangan Revolusi 4.0.


Kemaskini pada 2019-10-17 10:02:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page