Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Karnival 3W MPSJ angkat tema Hari Diabetes Dan Kanak-Kanak

berita

SHAH ALAM, 9 DIS: Hari Diabetes dan Kanak-Kanak diangkat sebagai tema Karnival 3W (Wellness, Welfare & Women) peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Padang Awam MPSJ, Puchong Indah pada 15 Disember ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata karnival seawal 7.30 pagi itu bagi memberi pendedahan meluas kepada masyarakat terhadap usaha Kerajaan Negeri menyebarkan maklumat berhubung perkhidmatan kesihatan dan kebajikan.

“Orang ramai boleh berurusan dan mendapatkan perkhidmatan secara langsung serta mengambil maklum berhubung perkhidmatan disediakan agensi terlibat.

“Dianggarkan sebanyak 20 agensi Kerajaaan Negeri dan Persekutuan akan terlibat dalam penganjuran karnival pada kali ini yang akan mengadakan pameran agensi serta merencanakan pelbagai aktiviti menarik,” katanya kepada SelangorKini.

Bagi menghangatkan kemeriahan karnival itu, Asfarizal berkata pihaknya mengadakan rancangan permainan yang akan dikendalikan pelawak Abam Bocey, Ali Puteh dan Cikgu Jinggo berkonsepkan Papaku Adiwira.

“Kita juga menganjurkan Demo Masakan Menu Super IQ oleh Chef Zuwairi yang akan diacarakan oleh pelakon Yana Samsudin bersama Hakeema Rozainah,” katanya.

Pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik lain antaranya 10,000 langkah, pemeriksaan gigi percuma, saringan kesihatan percuma, senaman warga emas, informasi pemeriksaan sendiri payudara (PSP), urutan MyPapaCare dan derma darah.

Selain itu, pertandingan Beyblade, mewarna, pancing ringgit dan Hoola hoop, tiup belon, anyam ketupat, boling kelapa, bola jaring, anak ‘makeup’ emak dan masakan kerabu kacang kelisa.

Aktiviti lain ialah cabutan bertuah, pameran agensi, forum sembang santai, bengkel kraftangan pembuatan beg, kembara kaunseling dan Art Therapy.

Karnival akan dirasmikan EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.


Kemaskini pada 2019-12-13 16:26:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page