Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Teresa Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Teresa Banjir11

PUCHONG 28 JAN: Adun Kinrara, Teresa Kok menziarahi mangsa-mangsa banjir Kampung Tengah di Puchong untuk memberi sumbangan kepada mereka yang bermalam di Masjid Nurul Iman di kampung itu.

 

Mereka berpindah ke Masjid yang dijadikan pusat pemindahan banjir sementara ekoran kejadian banjir yang berlaku pada Jumaat lepas.

Katanya, walaupun 41 keluarga terlibat dengan bencana banjir itu, hanya 25 keluarga yang berpindah ke masjid itu untuk mendapat perlindungan.

 

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh memberi sumbangan sebanyak RM150 setiap keluarga mangsa banjir serta RM50 setiap seorang yang menghulur bantuan kepada mangsa banjir.

 

Beliau menyampaikan sumbangan itu dalam satu majlis yang diadakan di pekarangan luar masjid itu.

“Saya menyuarakan penghargaan kepada semua pegawai kerajaan daripada Pejabat Daerah Petaling, MPSJ, Jabatan Kebajikan, ketua kampung dan JKKKnya, penghulu, Imam masjid dan sukarelawan.

“Saya juga memuji pihak Masjid kerana sudi membenarkan ruang masjid untuk dijadikan tempat perlindungan kepada para mangsa banjir,” kata beliau.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page