Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

UNISEL Beri Biasiswa Kepada 50 Pelajar Pengajian Asas

SHAH ALAM 30 JAN : Bagi memberi peluang pendidikan yang menyeluruh kepada pelajar Selangor, Yayasan Selangor (YS) memperuntukkan biasiswa sebanyak RM 400,000 untuk 50 pelajar pengajian asas (foundation) di Universiti Selangor (Unisel) bagi tahun 2013.

 

Jumlah pelajar yang menerima itu meningkat berbanding RM 273,000 untuk 39 pelajar yang menerima pada tahun lalu.

 

Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata pelajar program asas Unisel bertuah kerana yuran pengajiannya terendah berbanding Institusi Pengajian Tinggi Swasta IPTS lain.

UNISEL Yayasan Selangor biasiswa 02Malah, IPTS lain tidak menawarkan biasiswa untuk pelajarnya, kata Anuar.

“Walaupun yurannya rendah tidak semestinya kualiti Unisel rendah.

“Jadi pelajar yang menerima biasiswa ini diharap dapat menggunakan peluang ini dengan sebaiknya,” kata Anuar selepas Majlis Penyerahan biasiswa YS kepada pelajar asas Unisel.

 

Hadir sama Pengurus Besar YS, Ilham Marzuki ; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Zainal Abidin Kidam dan Pengurus Pembiayaan Pendidikan YS, Hanizan Ibrahim.

 

Sementara itu, Ilham berkata peruntukkan kewangan untuk biasiswa itu diperolehi daripada projek usahasama perniagaan Kerajaan Negeri.

“Jangan sia-sia pemberian ini, ia bukan duit daripada cukai pendapatan tetapi duit dari kutipan sewa dan projek usahasama.

“Kita berjaya menutup segala ketirisan ketika dulu. Duit banyak tetapi bocor lebih banyak,” katanya.

 

Biasiswa itu diberikan kepada pelajar kursus pengajian asas antaranya ‘Foundation in Management, Foundation in Education (TESL), Foundation in Information Technology dan Foundation in Science’.

Untuk rekod, seramai 2,715 pelajar mengikuti pengajian peringkat asas di Unisel sejak 2007 hingga 2012.

 

Penerima biasiswa 2012, Muhammad Amy Ashraf Jamal, 22, berkata biasiswa itu dapat mengurangkan beban keluarganya seterusnya menjadi pendorong untuk beliau mencapai CGPA 4.00.

UNISEL Yayasan Selangor biasiswa 03Beliau yang mengikuti kursus pengajian asas pengurusan berharap dapat mengekalkan kecemerlangan itu supaya dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.

 

Selain itu, R.Kanageswari, 19, juga pelajar kursus pengurusan, teruja apabila dimaklumkan beliau terpilih menerima biasiswa itu.

Katanya, peluang yang diberikan itu akan digunakan sebaik-baiknya kerana bukan mudah untuk terpilih.

 

Penerima lain, Song Li Jing, 19, pelajar kursus sains dan bioteknologi berkata beliau bersyukur kerana terpilih.

“Sebagai anak sulung dari empat orang adik beradik dan keluarga yang kurang berkemampuan, saya sangat menghargainya. Pada mulanya saya terkejut kerana terpilih, tidak sangka saya layak,” katanya.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page