Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tambah laluan Bas Smart Selangor untuk manfaat rakyat

berita

SHAH ALAM, 17 FEB: Kerajaan Negeri akan meningkatkan mutu perkhidmatan Bas Smart Selangor termasuk menambah laluan untuk kemudahan penduduk, kata Dato’ Menteri Besar.

Memanfaatkan 38 juta penumpang sehingga Ogos 2019, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setakat ini terdapat 41 laluan di 11 kawasan pihak berkuasa tempatan.

“Inisiatif yang pertama di Malaysia ini dicontohi negeri lain dan memudahkan rakyat bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain dengan kos minimum,” katanya melalui hantaran di Instagram hari ini.

Sementara itu, warga maya @mucheterz di ruangan komen berkata khidmat bas percuma membantu orang ramai dalam kehidupan seharian.

@wana_samah pula berkata Kerajaan Negeri komited memberikan yang terbaik kepada rakyat dengan menyediakan bas percuma dan berharap perkhidmatannya terus dipertingkat.

Bas Smart Selangor yang juga Inisiatif Peduli Rakyat dijenamakan di bawah pentadbiran mantan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

(Selangorkini)


Kemaskini pada 2020-02-17 13:03:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page