Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Gelanggang Futsal Untuk Penduduk Kota Damansara

PETALING JAYA 1 FEB : Sebuah gelanggang futsal bernilai RM150,000 menggunakan peruntukan Geran Selangorku berjaya disiapkan untuk kemudahan penduduk di Gugusan Semarak, Seksyen 4, Kota Damansara di sini.

 

Dengan adanya gelanggang berkenaan ia memudahkan penduduk di sini terutama golongan belia menjalan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi.

“Kita menyediakan kemudahan ini selepas menyedari kawasan perumahan di sini tiada kemudahan gelanggang yang sempurna serta dipohon oleh persatuan penduduk.

 

“Ia dapat disiap cepat selepas permohonan kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) diluluskan dalam tempoh singkat manakala proses pengeluaran tender diuruskan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Pembinaannya memakan masa hampir empat bulan bermula pertengahan tahun lalu dan disiapkan pada akhir tahun. Gelanggang futsal ini turut memiliki gelanggang sepaktakraw dan kemudahan ini diharapkan memenuhi kehendak kalangan muda di sini,” kata Abdul Aziz Dahalan, Pembantu Peribadi kepada Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.

 

Abdul Aziz menjelaskan kawasan gelanggang futsal bersebelahan taman permainan juga begitu sesuai kerana kedudukannya di tengah-tengah kawasan perumahan di situ.

Katanya, Kerajaan Negeri menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ternyata membawakan banyak perubahan dan kebaikan kepada rakyat di negeri ini.

 

“Satu majlis penyerahan gelanggang ini antara Dr Nasir dan penduduk akan diadakan pada Ahad ini,” katanya.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page