Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Jumaat, 23 Januari 2026 | 04 Sya’ban 1447H | 19:37
BMEN
T
FAQ
Contact Us
Feedback
Sitemap
Negeri Selangor Logo

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

#KitaSelangor Maju Bersama

Jata Negeri Selangor

image

Maksud Jata Negeri Selangor

Tulisan khat "Selangor" di bahagian atas dicipta dengan Lembing Sembuana di tengah-tengah membentuk puncak dan diapit oleh Keris Panjang Beruk Berayun di sebelah kiri manakala di sebelah kanan ialah Keris Terapang Gabus. Lembing dan kedua-dua keris merupakan di antara Alat-alat Kebesaran Negeri Selangor. Bulan Sabit dan Bintang Berbucu Lima berwarna kuning diterapkan pada lakaran tersebut. Tulisan khat "Dipelihara Allah" adalah Cogan Kata Negeri Selangor ditulis di bahagian bawah lakaran. Bengkung di bawah Cogan Kata merupakan pengikat Jata Negeri yang juga digunakan sebagai pengikat pinggang pahlawan-pahlawan zaman dahulu. Di bawahnya adalah Tali Batung yang merupakan salah satu senjata zaman dahulu. Reben kuning dengan tulisan "Selangor" merupakan dasar kepada rekabentuk lakaran keseluruhan Jata Negeri.

 

image

 Download Jata Format PNG

image

 Download Jata Format Vector Terhampir (Format Vector SVG)

image

 

 

-Sumber : Unit Pengurusan Majlis Dan Protokol, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Semakan bertarikh 5 Februari 2025


  •  
  • Print
  • Email this page