Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Program e-Pelanggan JPA 23 November 2020

epelanggan jpa

Program e-Pelanggan : Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya, 23 November 2020

Pautan : http://epelanggan.jpa.gov.my
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan Program e-Pelanggan : Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya  Bil. 6/2020 pada 23 November 2020 (Isnin). 

Program ini merupakan inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan bertujuan memberikan peluang kepada pelanggan JPA untuk berinteraksi secara maya di http://epelanggan.jpa.gov.my bagi berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan.

Pelaksanaan Program Hari Bertemu Pelanggan dalam talian (online) ini berkonsepkan hari terbuka melalui penyediaan kaunter perkhidmatan khas.  Pelanggan / orang ramai boleh berkomunikasi secara terus dengan pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam.  Talian akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Topik perbincangan adalah seperti berikut :-
·         Cuti/Kemudahan
·         Tajaan
·         Peperiksaan
·         Pengiktirafan
·         Tatatertib
·         Elaun
·         Pencen
·         Skim Perkhidmatan dan Perjawatan
·         HRMIS
·         Pertukaran
·         Naik Pangkat
·         Dasar Perkhidmatan 


Kemaskini pada 2020-11-23 08:32:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page