Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

31 individu dikurnia darjah, bintang kebesaran Selangor

berita

SHAH ALAM, 7 DIS: Seramai 31 daripada 1,096 pencalonan terpilih menerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-75 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor pada 11 Disember ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata daripada jumlah itu dua orang menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran ‘Dato Seri’.

Menurutnya, Darjah Kebesaran Dato’ Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran ‘Dato Setia’ dan ‘Datin Seri Paduka Setia’ pula memilih dua penerima.

“Selain itu, 11 individu menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato’ dan 16 individu lagi menerima Darjah Kebesaran Dato’- Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang turut membawa gelaran sama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan dibacakan ketua pengarah Jabatan Penerangan Selangor Ali Suhaili di Bangunan Darul Ehsan di sini hari ini.

Mohd Amin menambah pada tahun ini  Sultan  Sharafuddin Idris Shah Alhaj memenuhi kuota darjah dan bintang kebesaran ditetapkan untuk dikurniakan kepada petugas barisan hadapan sebagai menghargai jasa serta pengorbanan dalam membendung penularan Covid-19 sejak Mac lalu.

Jelasnya, pingat-pingat kebesaran seperti Pingat Pekerti Terpilih, Pingat Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Jasa Kebaktian dan Pingat Perkhidmatan Selangor akan dikurniakan kepada anggota tentera, polis, bomba serta kakitangan hospital yang bertugas di negeri ini.

Tahun ini, Kerajaan Negeri menerima 3,000 permohonan dengan 1,096 daripadanya adalah pencalonan darjah dan bintang kebesaran manakala 1,904 Pingat-Pingat Negeri Selangor.

Semua penerima melepasi tapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

-Selangorkini


Kemaskini pada 2020-12-15 23:13:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page