Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 Pada 9 Jun 2021

Pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0
Oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor

Pakej Kita Selangor 2.0

ucapan1

downloadDOWNLOAD UCAPAN

 

cover Pakej Kita Selangor 2.0 Pakej Kita Selangor 2.0

downloadDOWNLOAD INFOGRAFIK 

 

Pakej Kita Selangor Program Bakul Makanan 2021

Bantuan Bakul Makanan ini dilaksanakan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) / Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Inisiatif ini diberikan kepada golongan B40, pemandu bas dan van sekolah, pemandu teksi dan bas persiaran, ibu tunggal, mereka yang hilang pekerjaan dan mengalami kekurangan pendapatan serta golongan OKU. Ia juga diperluaskan kepada pesakit COVID-19 yang turut akan menerima "Home Assessment Tool" bagi tujuan kuarantin di rumah.

Permohonan atau rujukan boleh dikemukakan kepada Pusat Khidmat ADN/Ahli Parlimen yang berkenaan.

Rujuk Website Pejabat Ahli Dewan Negeri Selangor untuk mengetahui nombor telefon dan alamat e-mel Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor:
web Senarai Ahli Dewan Negeri Selangor

Rujuk Website Parlimen Malaysia untuk mengetahui nombor telefon dan alamat Ahli Parlimen Negeri Selangor:
web Senarai Ahli Parlimen Negeri Selangor 

Pakej Kita Selangor Pakej Kita Selangor 2021 Pakej Kita Selangor 2021 

Pakej Kita Selangor 2.0

Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan khairat kematian berjumlah RM 1,000 kepada rakyat Selangor yang meninggal dunia disebabkan COVID-19, selaras dengan inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0. 
Sebanyak 1,500 keluarga bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM 1.5 juta.

Permohonan Online bagi bantuan ini bermula 12 Julai 2021 sehingga 12 Ogos 2021, menerusi laman web:
webhttps://www.selangorprihatin.com

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini boleh disalurkan menerusi talian hotline 24 jam:
Urusetia : Selcare Management Sdn Bhd
Telefon : 1-800-22-6600

Pakej Kita Selangor 2.0 Pakej Kita Selangor 2.0

Bantuan One Off RM500 kepada 1200 orang OKU yang terkesan pendapatan akibat pandemik COVID-19 di Selangor.

Permohonan dibuka mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Julai 2021.

Permohonan dan sebarang maklumat lanjut, boleh dibuat secara Online melalui pautan:
web https://www.anisselangor.com/bantuanoku

Urusetia ANIS, Yayasan Warisan Anak Selangor : 03-54818800

E-mel untuk pertanyaan:

pertanyaan.yawas@gmail.com
jabatananis@yawas.my

E-mel untuk penghantaran dokumen:
okudaftar@gmail.com

Pakej Kita Selangor

Penangguhan bayaran pinjaman Hijrah selama sebulan setengah kepada 40,000 usahawan Hijrah bermula 15 Jun 2021 - 31 Julai 2021.

Penangguhan ini dilaksanakan secara automatik kepada semua peminjam Hijrah. Peminjam tidak perlu membuat permohonan.

Urusetia : HIJRAH Selangor

  Promosi Talian SELAMAT

Platform aduan kecemasan berkaitan rumah tangga dengan kerjasama dan pelaksanaan oleh Wanita Berdaya Selangor (WBS). Hotline ini memberikan bimbingan/kaunseling yang diperlukan. 

Talian Hotline : 03-64195027

Urusetia : Wanita Berdaya Selangor
E-mel : hotline.krt@wbselangor.com.my

Pakej Kita Selangor 2.0

Tempoh mula bayaran balik pinjaman Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor dilanjutkan daripada 6 bulan kepada 12 bulan selepas pelajar menamatkan pengajian.  Layak kepada semua peminjam yang menamatkan pengajian sepanjang tahun 2021. 

Pelajar yang terjejas boleh membuat permohonan di portal:
webhttps://tkwbns.selangor.gov.my/portal

Urusetia : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor
Tel : 
03-5544 7549

E-mel : tkwbns@selangor.gov.my

Pakej Kita Selangor

Modul pembelajaran secara bercetak diedarkan kepada para peserta PTRS yang menghadapi kekangan pembelajaran secara atas talian. 

Buku Modul Pembelajaran diagihkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk diagihkan kepada pelajar yang layak. Pelajar tidak perlu membuat permohonan sebaliknya PPD akan menentukan pelajar yang layak.

Urusetia : Unit Pendidikan Tinggi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor
E-mel : unitpendidikansuksel@gmail.com

 

Pakej Kita Selangor

Portal ePTRS digunakan sebagai medium pembelajaran Tuisyen Rakyat versi Digital.

Pelajar yang berminat boleh melayari portal
webePTRS.my
Pelajar boleh akses bahan pembelajaran melalui portal ini.

Urusetia : Unit Pendidikan Tinggi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor
E-mel : unitpendidikansuksel@gmail.com

Pakej Kita Selangor

Penangguhan bayaran sewa selama sebulan kepada penyewa Rumah PPR dan penyewa Rumah Smart Sewa di Selangor. Penangguhan diberikan kepada semua pemilik/penyewa rumah PPR dan Rumah Smart Sewa secara automatik dan tidak perlu membuat permohonan.
Urusetia : PHSSB

Bantuan Khas Buat Pengusaha Dan Guru Pendidikan Awal (TADIKA)

Agihan bantuan dalam bentuk tunai sebanyak RM450.00 kepada pengusaha tadika

Agihan bantuan dalam bentuk tunai sebanyak RM150.00 kepada guru tadika

Permohonan adalah secara bersasar dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Permohonan online Fasa 1 telah ditutup. Permohonan Fasa 2 akan dibuka semula pada 16 Ogos 2021.

Urusetia : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Telefon : 03-55447 550
E-mel : unitpendidikansuksel@gmail.com

Pakej Kita Selangor 2.0

Penangguhan pembayaran balik pinjaman kepada 286 pelajar tajaan Yayasan Selangor yang menamatkan pelajaran pada tahun 2021 kepada bulan Januari 2022. Penangguhan ini diberikan secara automatik dan tidak perlu membuat permohonan.

Urusetia : Yayasan Selangor
Telefon : 012-278 5520

Pakej Kita Selangor 2.0

Bantuan barangan makanan dan keperluan asas kepada 7,500 mahasiswa IPTA dan IPTS Kerajaan Negeri yang masih berada di kampus.

Permohonan boleh dibuat melalui :
webhttps://forms.office.com/r/W6bsm1XzF5

Bantuan akan diberikan melalui IPT yang berkenaan.

Urusetia : Unit Pendidikan Tinggi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor
Telefon : 03-5521 2303 / 03-5544 7073
E-mel : unitpendidikantinggi@selangor.gov.my

 Pakej Kita Selangor 2021

1. Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor

Geran bantuan dengan nilai keseluruhan bernilai RM 1 juta ini boleh dimohon oleh Persatuan Pelancongan, Syarikat Pelancongan, Pengusaha Homestay, Pengusaha MICE, Pelaksana program Hos Komuniti dan Persatuan Komuniti atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK ) Negeri Selangor yang berdaftar. Maklumat dan mekanisme permohonan boleh didapati bermula pada bulan September 2021 melalui laman web Tourism Selangor.           

2. Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0

Penebusan baucer dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1 juta ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui platform E-Dagang yang dipilih  bermula pada bulan November 2021. Maklumat mengenai mekanisme penebusan baucer boleh di dapati melalui infografik yang akan disediakan oleh Tourism Selangor melalui laman web Tourism Selangor.

3. Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan Negeri Selangor

Tawaran latihan ini terbuka kepada 80 sehingga 100 orang penggiat industri dan pengusaha pelanconganan di Negeri Selangor dengan kerjasama Tourism Selangor Sdn Bhd dan SIDEC. Permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan yang akan disediakan di laman web Tourism Selangor. Program ini dijangkan akan bermula pada bulan Disember 2021.

4. Bantuan Kewangan "One-Off" kepada Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor

Bantuan kewangan "One-Off" sebanyak RM 15,000.00 kepada 16 persatuan pelancongan yang aktif di Negeri Selangor yang telah dikenalpasti. Pemberian bantuan kewangan ini akan diberikan mulai 30 Julai 2021 dan maklumat pemberian dan penyaluran akan diwar warkan melalui laman web Tourism Selangor.

Permohonan bantuan ini akan dibuka melalui laman web Tourism Selangor:
web www.selangor.travel

Urusetia : UPEN SPBT/Tourism Selangor Sdn. Bhd.
Telefon : 
03-5513 2000

Pakej Kita Selangor 2.0 Data Internet Selangor M40

Skim Internet Selangor khusus bagi golongan M40 (SISM40) dengan kerjasama TM ini memperuntukkan subsidi internet khusus. 8 pakej diperkenalkan melalui Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas. Setiap isi rumah akan berpeluang menikmati subsidi di antara RM10 hingga RM30 sebulan bagi tempoh setahun.

webPermohonan serta syarat-syarat permohonan boleh dirujuk melalui : https://sism40.com.my
Urusetia :
Menteri Besar Incorporated (MBI) 
Telefon : 03-5030 4595 / 4596

Program Data Internet Selangor

Program Data Internet Selangor menawarkan kad SIM bersubsidi dengan kemudahan data internet kepada golongan sasaran. Kumpulan penerima akan diberi data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukan untuk tempoh 12 bulan.

Permohonan akan mula dibuka pada 15 Julai 2021
webhttps://dis.borangmbiselangor.com/

Urusetia : Menteri Besar Incorporated (MBI)

Pakej Kita Selangor 2.0

Inisiatif ini adalah bertujuan meningkatkan aliran tunai para usahawan dan seterusnya membantu perkembangan ekonomi pasca wabak COVID-19 khusus kepada kontraktor dan penyedia perkhidmatan kerajaan dan syarikat swasta yang terpilih. 

Usahawan yang berminat boleh membuat permohonan melalui:
webhttps://selangoradvance.com.my

Urusetia : Menteri Besar Incorporated (MBI)
Telefon : 018-282 1356

Pakej Kita Selangor 2.0

PKPS menyediakan peluang kepada yang berminat menceburi sektor pertanian. PKPS akan menyediakan modal pusingan sebanyak RM10 juta  menerusi usahasama strategik bersama pihak Agro Bank.

Urusetia : PKPS

Pakej Kita Selangor 2.0

PKPS membeli hasil segar dari petani-petani yang mengalami kesukaran untuk memasarkan hasil jualan mereka dalam tempoh PKP dan akan dijual semula kepada orang ramai dengan diskaun 50 peratus. 

Outlet/Distribution Center ini terletak di Wisma PKPS Shah Alam, Seksyen 7, Seksyen 13, Kelana Jaya, Meru, Tanjung 12, Selangor Fruit Valley, FAMA Dengkil, Fama Puchong, FAMA Dengkil, Agrosel Bangi dan Agrosel Pandan.

Urusetia : PKPS
Telefon : 019-3162 400

Pakej Kita Selangor 2.0

Bantuan kepada Petani/Penternak dan Nelayan berupa:

i) Bantuan berbentuk bahan kawalan perosak;
ii) Bantuan benih padi sah MR219;
iii) Bantuan kepada usahawan Industri Asas Tani untuk mengeluarkan produk proses baharu;
iv) Melabuhkan tukun tiruan dan unjam di perairan Sabak Bernam.

Senarai pemohon telah dimuktamadkan oleh Jawatankuasa IADA Barat Laut Selangor dan tidak lagi dibuka kepada orang awam.

Urusetia : Seksyen Sektoral, UPEN Selangor

Pakej Kita Selangor 2.0

Pinjaman kepada 8,000 usahawan sebagai modal awalan bagi memulakan perniagaan. Program ini dikhususkan buat mereka yang hilang pekerjaan dan kekurangan pendapatan akibat dari pelaksanaan PKP.

Permohonan secara online melalui:
web https://forms.gle/r2ryDetuBt6Thf6V6

Permohonan secara offline boleh dibuat di 20 cawangan Hijrah Selangor, DUN dan PKM seluruh Negeri Selangor.

Urusetia : HIJRAH Selangor

Pakej Kita Selangor 2.0

Platform Selangor(PLATS) bagi membantu penjaja dan peruncit di Selangor. PLATS menyediakan asas pendigitalan, menerima bantuan pembiayaan serta latihan keusahawanan. 

Pemohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web PLATS :
webhttps://platselangor.com

Urusetia : Menteri Besar Incorporated (MBI)

Pakej Kita Selangor 2.0 Pakej Kita Selangor 2021

Ujian Saringan COVID-19 Fasa Ketiga diberikan secara percuma. Penumpuan saringan adalah kawasan Hotspot kes COVID-19 dan kawasan industri serta kilang.

Urusetia : Selcare Management Sdn Bhd
Telefon : 1-800-22-6600

Pakej Kita Selangor 2.0 Pakej Kita Selangor 2021

Kit penilaian di rumah ini diberikan kepada mereka yang telah dikesan positif Covid-19 melalui ujian saringan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Setaip satu ‘Home Assessment Tool’ ini mengandungi Facemask KN95, Thermometer, Oximeter,Ubat-ubatan, Kit Ujian Air Liur (Saliva Test Kit)

Urusetia : Selcare Management Sdn Bhd
Telefon : 1-800-22-6600

Pakej Kita Selangor 2.0 

Rebat RM20 bagi perkhidmatan e-hailing(Grab) untuk tujuan perjalanan mendapatkan suntikan vaksin ke PPV.

Permohonan boleh dibuat melalui:
webBorang Online https://rebatpengangkutangrabvaksin.borangmbiselangor.com

Urusetia : Menteri Besar Incorporated (MBI)
E-mel : csr@mbiselangor.com.my
Telefon : 03-55100112

Pakej Kita Selangor 2.0

Menubuhkan Jawatankuasa Khas Pematuhan Kawalan Kesihatan bagi Industri yang akan memastikan pematuhan kawalan kesihatan di semua kilang-kilang dan industri serta akan membantu dalam pelaksanaan program vaksin bagi "economic frontliners".

Urusetia : Selcare Management Sdn Bhd
Telefon : 03-55100112

Pakej Kita Selangor 2.0

Program Vaksinasi COVID-19 Negeri Selangor (SCVP), untuk membantu mempercepatkan kadar vaksinasi di seluruh negeri. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN bagi pemohon individu. 

Manakala bagi syarikat, pendaftaran Online boleh dibuat melalui:
webhttps://vax.selangkah.my

download Download PDF Maklumat SelVAX
 

Urusetia : Selcare Management Sdn Bhd
Telefon : 1-800-22-6600

 

*Nota :
- Untuk menyimpan gambar infografik, klik kanan dan tekan "Save Image As.."
- Sumber : Laman web Dato' Menteri Besar Selangor dan Media Selangor
- Sila hubungi urusetia berkaitan program untuk maklumat yang lebih tepat

- Penyelaras maklumat : Seksyen Agihan Dan Pembangunan, Pejabat SUK Selangor

Kemaskini pada 2021-11-29 11:48:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page