Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Natural Farming Bantu Petani Tambah Pendapatan RM 2,000 Sebulan

TANJONG KARANG 8 MAC : Penggunaan Sistem Natural Farming berjaya mencatatkan purata tambahan pendapatan kira-kira RM 2,000 sebulan bagi petani sayur dan pesawah di Selangor kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 

Tambahan pendapatan itu daripada pengurangan kos akibat pengurangan penggunaan racun dan baja kimia sekaligus meningkatkan mutu pengeluaran tanaman.

Tambahan pendapatan itu dirasai oleh 38 penanam sayur dan pesawah di dalam Projek Kelompok D’9 Sungai Leman dan Sri D’5 Sg Nipah di Sabak Bernam.

mb lancar buku sri 01

 

Abdul Khalid sehingga 2012, dianggarkan sebanyak RM 337,590.00 pendapatan dapat dijana oleh para peserta program Natural Farming itu melalui penjualan produk seperti Sri Anak, Sri Bunga dan Sri Buah.

“Kalau makan nasi daripada keluaran daerah Tanjong Karang dan Sabak Bernam maka berasnya tidak mengandungi bahan kimia melainkan bahan yang bersifat ‘natural’ sahaja,” kata Abdul Khalid.

 

Sebelum ini, Selangorkini melaporkan bahawa natural farming adalah antara teknik pertanian yang sedang diperluaskan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan pendapatan petani.

Abdul Khalid berkata demikian pada Majlis Penyampaian Insentif Pesawah Daerah Kuala Selangor yang diadakan di pekarangan Masjid Blok D Sawah Sempadan di sini.

Di dalam majlis itu, Abdul Khalid turut menyampaikan insentif kepada 43 blok sawah padi di Daerah Kuala Selangor.

 

Pemberian itu berupa sebuah mesin ‘blower’ dan pam air yang berharga kira-kira RM 3,500 diberikan kepada wakil 43 blok sawah padi yang bertujuan dapat digunakan oleh pesawah mengepam air dan menabur serta meracun.

mb lancar buku sri 02

 

Sebanyak RM 268,000 diperuntukkan untuk pemberian insentif itu yang diharap dapat merangsang pesawah agar lebih gigih dan bersemangat mempertingkatkan produktiviti dan pendapatan.

“Tahun 2012 juga sebanyak enam Pusat Komuniti Pertanian Lestari ditubuhkan di kawasan Barat Laut Sabak Bernam.

“Kejayaan pertanian mesti dilihat bagaimana mereka meningkatkan teknologi dalam meningkatkan pendapatan mereka,” katanya Abdul Khalid.

Sementara itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata, teknik Natural Farming dapat mengurangkan kos pertanian sehingga RM1,200 untuk semusim.

“Usaha dibuat dipastikan dengan pengurusan yang sistematik dan pengurusan penanaman padi itu dilaksanakan secara saintifik dan hasilnya pendapatan mereka dapat ditingkatkan,” kata Yaakob.

 

Dalam majlis itu Abdul Khalid turut melancarkan buku bertajuk ‘Panduan Membuat Dan Mengguna Produk Sri Organik’ yang dihasilkan oleh Salehuddin Yahya dan Noorazimah Taharim.

Turut hadir dalam majlis itu, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Yasid Bidin dan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Zainal Mohd Nor.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page