Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Karnival Sukan Rakyat Dapat Sambutan Golongan Muda

SHAH ALAM 24 MAC : Kemunculan pelbagai permainan moden selari dengan perkembangan teknologi tetapi sukan tradisional atau sukan rakyat masih mendapat sambutan daripada golongan muda.

 

Buktinya, lebih 600 peserta Beliawanis mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Beliawanis peringkat negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

MB rasmi karnival beliawanis 02

 

Karnival yang pertama kali diadakan untuk beliawanis merupakan anjuran Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Belia dan Majlis Sukan.

 

Exco Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, karnival sukan untuk beliawanis itu diadakan khusus untuk golongan terbabit berikutan terdapat permintaan.

“Kita adakan karnival seperti ini setiap tahun contohnya tahun lalu kita adakan untuk semua belia dan beliawanis, tetapi untuk kali ini, oleh kerana adanya permintaan untuk beliawanis diberikan ruang untuk bersukan secara bebas maka kita adakan,” katanya dalam ucapan di Majlis Perasmian Sukan Beliawanis itu.

 

Katanya, sukan itu mengetengahkan pertandingan tradisional seperti menarik upih, lastik tin, baling getah, batu seremban, galah panjang, dam aji dan permainan catur.

Perasmian sukan yang bermula seawal 8 pagi hingga enam petang itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 

Sementara itu, Abdul Khalid berkata penganjuran kali ini khusus untuk beliawanis supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri.

“Karnival sukan ini adalah satu usaha bagi merakyatkan beliawanis memandangkan mereka juga memainkan peranan yang penting bagi memimpin negara pada masa akan datang.

“Apabila ia dilaksanakan dalam masa yang sama kita akan dapat lihat silaturahim dan kerjasama dalam satu pasukan itu kuat, ia sebagai medium menjana perpaduan bagi membina silaturahim,” katanya.

 

Peserta, Norhaida Hussin, 22, berkata penganjuran karnival itu juga dalam masa yang sama turut dapat mencungkil bakat terpendam di kalangan beliawanis.

” Dengan adanya karnival seperti ini mungkin dapat mencungkil bakat peserta seterusnya boleh memasuki mana-mana pertandingan seperti ini di peringkat negeri lain jika ia dianjurkan pertandingan yang lebih besar,” katanya.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page