Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Ziarah Asnaf LZS Pupuk Kesedaran Orang Ramai

SHAH ALAM 28 MEI : Diberi peluang melihat dan merasai sendiri kesusahan dan kesempitan hidup insan yang tidak bernasib baik menjadi pengajaran yang berguna kepada orang ramai.

Pengalaman ini dirasai oleh Shamsul Nizam Omar, 38, yang menyertai program Ziarah Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama Korporat dan Media ketika menziarahi pelakon veteran Maimun Talib di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam baru-baru ini.

Katanya, beliau dapat merasai sendiri kesusahan yang dihadapi Maimun sekeluarga kerana hilang punca pendapatan dan mengalami kesukaran membesarkan lima orang anaknya.

"Tujuan saya mengikuti program hari ini adalah untuk mengetahui sejauh mana agihan zakat itu sampai kepada orang yang memerlukan bantuan.

"Kadang-kadang kita rasa kita susah, tapi bila kita ikut program seperti ini, kita tahu ada lagi orang lebih susah daripada kita," katanya yang merupakan bekas pemandu pelancong.

Pelakon veteran berkenaan merupakan penerima zakat LZS sejak setahun lalu kerana mengidap kanser payu dara serta tidak mampu menampung kos perubatan yang tinggi.

Malah, anak perempuan beliau yang kini berusia 17 tahun turut disahkan mengidap penyakit buah pinggan yang memerlukan rawatan segera.

Seorang lagi peserta, Juwita Ezli, 35, berkata program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang supaya lebih ramai orang ramai tampil bagi menyalurkan zakat kepada LZS supaya agihan dapat dilaksanakan secara berhemah.

"Kakak bawa anak sekali, untuk tunjukkan pada mereka bahawa ada lagi orang lagi susah daripada kita, dan saya rasa program seperti ini patut diteruskan dan memang bagus dan baik pada semua," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Unit Perhubungan Awam LZS, Hamizul Abdul Hamid, berkata, LZS merasa terpanggil untuk mengadakan program itu bertitik-tolak daripada persoalan berkaitan agihan kutipan zakat dan bagaimana ia dimanfaatkan untuk kepentingan semua asnaf.

Dalam pada itu, program sehari tersebut turut singgah di beberapa premis perniagaan asnaf yang menerima bantuan modal LZS dan berjaya keluar daripada kelompok itu setelah berjaya dalam perniagaan masing-masing


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page