Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Khas : Bantuan Banjir Selangor Bangkit

 

Berikut maklumat mengenai pengumuman oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor berkaitan bantuan bencana banjir di Selangor.

1. Tatacara Dan Borang Permohonan
2. Video Sidang Media
3. Infografik Senarai Bantuan
4. Edisi Khas Akhbar Selangorkini

 


1. Tatacara Dan Borang Permohonan

Pengumuman Khas Bantuan Selangor Bangkit

1. Jenis Mangsa Banjir
- Berada di PPS
- Berada di PPS Swasta
- Tidak berpindah ke PPS

2. Lokasi Pendaftaran dan Jenis Pendaftaran 

i) Pusat Pemindahan Sementara yang masih beroperasi
- Dilaksanakan berperingkat mulai Rabu (29/12) 
- menggunapakai senarai nama yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pengurus PPS
- Tidak perlu sediakan dokumen tambahan

ii) Pusat Sehenti (OSC) yang akan ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah
- khusus untuk mangsa yang telah berpindah keluar dari PPS ke rumah masing-masing

iii) Rumah ke Rumah
- bermula secara berperingkat mulai 3 Januari 2022
- Lokaliti kawasan akan ditentukan oleh Pejabat Daerah & Tanah
- dibantu oleh Pejabat Parlimen, Pusat Khidmat DUN & Penyelaras DUN, Ahli Majlis, Ketua Kampung. 
- Pasukan sukarelawan seperti Team Selangor & SERVE

iv) Dalam Talian (Online)
- Hotline dan laman web rasmi akan diumumkan
- Bermula pertengahan Januari 2022

3. Dokumen yang diperlukan (Untuk Mereka Yang Tidak Berpindah Ke PPS Sahaja) 
- Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Pasport (bagi yang kehilangan dokumen, permohonan ganti boleh dibuat di kaunter PDRM di OSC)
- Pengesahan oleh SALAH SATU dari Ketua Kampung ATAU Penghulu ATAU Ahli Majlis ATAU Ketua Persatuan Penduduk ATAU yang setara dengannya.
- TIDAK PERLU Gambar & Laporan Polis

4. Jenis Bantuan Selangor Bangkit

i) RM 10 RIBU
- Setiap keluarga mangsa banjir yang meninggal dunia di Selangor
- Setiap keluarga sukarelawan / ahli NGO yang meninggal dunia semasa membantu mangsa banjir.
- Setiap keluarga petugas agensi Kerajaan Negeri yang meninggal dunia semasa membantu mangsa banjir

ii) RM 1 RIBU
- Kepada setiap keluarga mangsa banjir di Selangor

 

DownloadDOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


 

2. Video Berkaitan Bantuan Selangor Bangkit

- Video Tatacara Bantuan Selangor Bangkit Pada 29 Disember 2021
(
https://youtu.be/-6XqbyNRpeM)

 

Video Sidang Media Khas Situasi Banjir Selangor Dan Bantuan Banjir Selangor Pada 27 Disember 2021
(https://youtu.be/wM46VubNxgk)
 

 

 

- Video Sidang Media Khas Situasi Banjir Selangor Pada 21 Disember 2021
(https://youtu.be/sV6-ZvieyvQ)


3. Infografik Senarai Bantuan

Bantuan Banjir Selangor Bantuan Banjir Selangor Bantuan Banjir Selangor Bantuan Banjir Selangor

DownloadDownload PDF : Infografik Bantuan Selangor Bangkit (27 Dis 2021)

DownloadDownload PDF : Infografik Ikhtiar Selangor Bangkit (21 Dis 2021)


 

4. Edisi Khas Akhbar SelangorKini

DownloadDOWNLOAD EDISI KHAS AKHBAR SELANGORKINI (BANJIR SELANGOR)

 

Sumber :
-Facebook Rasmi YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari

-Ikuti Berita Selangor di Selangorkini.my

#SelangorBangkit


Kemaskini pada 2022-01-07 12:54:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page