Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

2 Tapak Bazar Ramadan Baru Ganti Bazar Reko Kajang Sentral

bazar ramadan reko sentral lori MPKj 004

 

KUALA LANGAT 15 JULAI : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyediakan dua tapak bagi mengantikan bazar ramadan Reko Sentral Kajang yang ditutup awal minggu lalu.

 

Sehubungan itu, semua pihak yang berminat untuk menjalankan perniagaan bazar ramadan boleh berhubung terus dengan MPKj.

 

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim menasihatkan semua pihak akur dengan keputusan MPKj menutup bazar ramadan di Jalan Reko Sentral 2 kawasan komersil itu dan tidak memanjangkan isu berkenaan.

 

"Saya telahpun mendapat maklumat daripada Yang Dipertua MPKj berkenaan dengan masalah bazar ramadan dimana di kawasan Reko telahpun ditutup dan ada dua kawasan di mana ada permohonan untuk menempatkan semula.

 

"Jadi saya nasihatkan supaya semua pihak yang berminat untuk menjalankan bazar ramadan ini berhubung terus dengan pihak Majlis dan akur kepada keputusan yang dibuat oleh Majlis," ujarnya.

 

Sebelum ini, penutupan bazar ramadan mendapat cemuhan daripada penjaja setempat kerana mereka telah mengeluarkan modal dan membuat persiapan untuk menyertai bazar tersebut.

 

Bagaimanapun MPKj mempertahankan keputusan tersebut kerana mendapat aduan daripada pengurus kedai di kawasan komersil Reko Sentral Kajang.

 

Keputusan itu dilakukan bagi mengelak salah faham diantara pengurus kedai dan penjaja di bazar tersebut. Ia juga bagi mengelakkan kesesakkan lalulintas di kawasan komersil itu.

 

Mengulas lanjut, Chang Kim berkata, keputusan penutupan tapak berkenaan telah dilakukan di peringkat Exco Selangor pada tahun lalu.

 

"Jadi tahun ini kita akan ikut prinsip yang sama, ikut peraturan sama dan saya berharap semua pihak akur kerana YDP dan Ahli Majlis tahu apa yang terbaik untuk dilakukan," katanya lagi.

 

Sumber:  www.selangorku.com


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page