Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tawaran dibuka : Penajaan Program Latihan Kemahiran Teknikal Untuk Pelajar Tahfiz

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor, Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) akan melaksanakan Program Latihan Kemahiran Tahfiz di bawah Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS). Untuk makluman, yuran latihan dan pengajian adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Tarikh tutup permohonan pada 15 Mac 2022

DownloadDownload Senarai Kursus Yang Ditawarkan Dan Syarat

 

Program Kemahiran Teknikal Kepada Tahfiz Selangor

 

KURSUS YANG DITAWARKAN DAN SYARAT – SYARAT KEMASUKAN PROGRAM IKTISASS TAHFIZ

1. Sektor Teknologi Automotif : Perkhidmatan Pembaikan-Kenderaan Ringan
• Tahap 2
2. Sektor Teknologi Automotif : Pengemasan & Pengecatan Semula Kenderaan
• Tahap 3
3. Sektor Teknologi Motosikal : Motosikal & Perkhidmatan Pembaikan
• Tahap 1
• Tahap 2
4. Sektor Teknologi Komputer : Operasi Sistem Komputer
• Tahap 3
5. Sektor Kejuteraan Elektrik : Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa
• Tahap 2
6. Sektor Teknologi Penyamanan Udara : Peralatan Penyamanan Udara (HVAC) –
Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan)
• Tahap 2
7. Sektor Tekstil & Pakaian : Pembuatan Pakaian wanita
• Tahap 1
8. Sektor Terapi SPA : Terapi SPA
• Tahap 3
9. Sektor Kulinari : Penyediaan & Pembuatan Makanan
• Tahap 2
10. Sektor Pastri : Pembuatan Pastri
• Tahap 2

 

Syarat-Syarat Kelayakan Umum Bagi Pelatih Program IKTISASS Tahfiz Adalah Seperti Berikut:
1. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia;
2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
3. Pemohon telah bermastautin lebih 12 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan
daripada ADUN, Penghulu, Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung, Pengerusi Taman
Perumahan dan lain-lain yang diiktiraf oleh Kerajaan;
4. Merupakan pelajar tahfiz yang masih atau pernah menuntut di sekolah atau institusi
tahfiz yang diiktiraf oleh mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Malaysia dan
Kerajaan Negeri Selangor ;atau
5. Lulus Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau setaraf dan ujian 3M;
6. Berumur daripada 16 tahun hingga 21 tahun sahaja;
7. Penajaan pelajar / pelatih akan memberi keutamaan kepada kategori keluarga
berpendapatan B40 dan M40;
8. Diwajibkan berkhidmat dengan entiti perniagaan/ institusi / industri yang berdaftar atau
beralamat di Negeri Selangor mengikut tempoh yang akan ditetapkan berdasarkan
penjanjian;
9. Pemohon lulus temu duga yang di urus setia oleh Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (jika ada);
*Persijilan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

 

Keterangan lanjut :

websitewww.stdc.edu.my/daftarsekarang.php

WhatsApp
www.wasap.my/60193424111/daftarSMARTTAHFIZ
(masukkan nama dan kursus, urusetia akan hubungi anda)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 0332812616 / 21 

 

-Sumber : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor


Kemaskini pada 2022-02-28 08:01:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page