Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Permohonan Dibuka Untuk Bantuan Membaik Pulih/Membina Infrastruktur Sekolah Tahun 2022

Bantuan Infrastruktur Sekolah

Permohonan Dibuka untuk bantuan membaik pulih/membina infrastruktur sekolah tahun 2022

PROGRAM BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR TAHUN 2022
 
Kerajaan Negeri Selangor menawarkan bantuan membaik pulih/membina infrastruktur sekolah dengan kriteria seperti berikut:
Tarikh permohonan: 1 Mac 2022 - 31 Mac 2022
 
KRITERIA PERMOHONAN
1) Sekolah-sekolah di bawah kategori berikut layak memohon untuk program ini:
Sekolah Agama Rakyat / Sekolah Rendah Agama Integrasi (yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor);
Maahad Integrasi Tahfiz Sains;
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); 
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT);
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), termasuk Sekolah Menengah Persendirian; dan
Sekolah Mubaligh
 
2) Permohonan hendaklah daripada pihak sekolah / Lembaga Pengelola Sekolah / Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.
 
3) Permohonan adalah melalui Laman Sesawang https://www.ssipr.selangor.gov.my
 
 
Sumber : Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor,
Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Selangor

Kemaskini pada 2022-03-02 09:24:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page