Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Rumah terbuka negeri di sembilan daerah dalam tempoh seminggu mulai 15 Mei 2022

Rumah terbuka negeri di sembilan daerah dalam tempoh seminggu mulai 15 Mei

Sumber : https://selangorkini.my/2022/05/rumah-terbuka-negeri-di-sembilan-daerah-dalam-tempoh-seminggu-mulai-15-mei/

 

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri secara besar-besaran di semua sembilan daerah dalam tempoh seminggu bermula 15 Mei 2022. Program selama tiga jam itu yang diadakan pada sebelah petang atau malam bermula di Hulu Selangor akan diserikan dengan acara sumbangan duit raya dan persembahan seni. Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan ucapan dan beramah mesra dengan hadirin setelah dua tahun majlis rumah terbuka dibatalkan akibat Covid-19.

Tarikh dan lokasi majlis tersebut seperti berikut:

1. Hulu Selangor: 15 Mei 2022 (Ahad), 2.30 petang – 5.30 petang
-Dewan Serbaguna & Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor

2. Gombak: 16 Mei 2022 (Isnin), 8 – malam 11 malam
-Tapak Pasar Ramadhan Taman Melawati

3. Hulu Langat: 17 Mei 2022 (Selasa), 8 malam – 11 malam
Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi (berhadapan Tenera Hotel)

4. Sepang: 18 Mei 2022 (Rabu), 8 malam – 11 malam
BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

5. Kuala Langat: 19 Mei 2022 (Khamis), 8 malam  – 11 malam
Perkarangan Stadium Jugra, Banting

6. Kuala Selangor: 20 Mei 2022 (Jumaat), 3 petang – 6 petang
Stadium Tertutup Kuala Selangor

7. Sabak Bernam: 20 Mei 2022 (Jumaat), 8 malam  – 11 malam
Perkarangan Stadium Sungai Besar

8. Petaling: 21 Mei 2022 (Sabtu), 2.30 petang – 5.30 petang
Padang Awam MBSJ, Puchong Indah

9. Klang: 21 Mei 2022 (Sabtu), 8 malam – 11 malam
Dataran Kompleks Sukan Pandamaran

Hulu Selangor Gombak Hulu Langat Sepang Kuala Langat Kuala Selangor Sabak Bernam Petaling Klang


Kemaskini pada 2022-05-20 18:51:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page