Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Central Pattana Labur RM500 Juta Di Shah Alam

SHAH ALAM, 23 SEPT : Kestabilan dan kemajuan ekonomi yang pesat selain jaringan kemudahan yang baik menjadi faktor Selangor terus diyakini pelabur asing. Dalam perkembangan terbaru, Kumpulan Central Pattana melabur RM500 juta menerusi anak-anak syarikat untuk membina pusat membeli-belah CentralPlaza i-City, di i-City, Shah Alam.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelaburan itu akan menjadikan Shah Alam syurga membeli-belah baru di rantau ini.

"Ini menunjukkan mereka percaya kepada negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang sentiasa mengamalkan pelaburan terbuka kepada semua pelabur-pelabur di peringkat Asean dan dunia," katanya, ketika berucap pada Majlis Jamuan Pimpinan Bersama Rakyat Sabah dan Sarawak Sempenan Sambutan Hari Malaysia ke-50 Peringkat Negeri Selangor di Foyer Bangunan SUK, Shah Alam, 21 September lepas.

Central Pattana merupakan pemaju hartanah runcit yang terbesar di Thailand, dan memiliki serta mengurus 21 pusat membeli-belah premium. Pelaburan di Shah Alam ini merupakan tujahan pertama Central Pattana untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Turut hadir di sambutan itu adalah Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Selangor dan ADUN Ba'kelalan, Baru Bian. Sekurang-kurangnya 300 warga Sabah dan Sarawak dari kalangan pelajar dan keluarga yang menetap di Selangor turut menghadiri majlis tersebut.

Menurut Khalid, pelaburan Central Pattana ini dicapai ketika sesi retreat EXCO Kerajaan Negeri selama tiga hari di Bangkok baru-baru ini.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page