Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Jelajah Selangor Penyayang - Hulu Langat 19 Jun 2022

Jelajah Selangor Penyayang 2022

Jelajah Selangor Penyayang - Hulu Langat
Tarikh : 19 Jun 2022
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Padang Taman Kosas, Ampang, Selangor

Semua dijemput hadir

>>Ikuti Facebook rasmi Jelajah Selangor Penyayang : https://www.facebook.com/selangorpenyayang


Sumber berita berkaitan dari Selangorkini:

SHAH ALAM, 12 JUN: Program Jelajah Selangor Penyayang akan diadakan di daerah Hulu Langat bertempat di padang Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun ini.

Menurut Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pelbagai aktiviti akan diadakan pada jelajah yang bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang itu.

“Rakyat Selangor sekitar Ampang, anda dijemput hadir ke Jelajah Selangor Penyayang di Padang Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun ini dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

“Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di sana,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memaklumkan jelajah bertujuan mempromosi inisiatif kebajikan rakyat bakal disertai 23 anak syarikat Kerajaan Negeri.

Selain maklumat inisiatif, program tersebut turut diserikan pelbagai acara antaranya senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, papan selaju dan e-sukan.

Pelaksanaan inisiatif membabitkan peruntukan RM350 juta ini menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.


Kemaskini pada 2022-06-14 08:15:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page