Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Program ‘Peluang Kedua’ bantu pelajar kejar keputusan cemerlang

SHAH ALAM, 13 OKT : Peluang buat pelajar tajaan Yayasan Selangor yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan untuk memperbaiki kelemahan diri menerusi program ‘second chance' yang dianjurkan agensi Kerajaan Negeri.

Peluang Kedua 6

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, program itu bertujuan memberi keyakinan kepada pelajar supaya tidak berputus asa dan berusaha lebih gigih dalam mengecapi kejayaan yang diidamkan.

Program itu juga selaras dengan tanggungjawab Yayasan Selangor untuk membentuk para pelajar di bawah tajaan mereka supaya berjaya dalam aliran pendidikan.

"Kita juga menggalakkan alumni untuk turun padang memberi motivasi kepada pelajar bahawa Yayasan Selangor diwujudkan kerana ingin memajukan setiap pelajar di negeri ini.

Peluang Kedua 5

"Setiap pelajar yang lemah akan dibantu dan tidak akan dipinggirkan begitu sahaja," katanya semasa merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor tahun 2012 di Dewan Sri Bestari Intekma Resort and Convention Centre, di sini petang tadi.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr HalimahAli, Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi serta Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki.

Pada majlis itu, seramai 204 orang pelajar menerima anugerah atas kecemerlangan mereka dalam peperiksaan akhir tahun, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk pelajar tajaan peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah.

Peluang Kedua 2

Beliau berkata, Yayasan Selangor juga berhasrat untuk menambah bilangan pelajar di masa akan datang dengan menetapkan sasaran sebanyak 10,000 orang berbanding 5,000 pelajar sekarang.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memantau yayasan itu supaya menjaga aset dan hartanya dengan baik supaya ia dapat dimanfaatkan lebih ramai pelajar.

"Kita akan pastikan tiada ketirisan dan penyelewengan untuk bangunkan anak-anak Yayasan Selangor yang memerlukan sumbangan dan bantuan dari kita.

"Penjagaan aset yang baik boleh memberi kemudahan kepada pelajar," katanya lagi.


Kemaskini pada 0000-00-00 00:00:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page