MOBILE APPS / GAMMA
PROJEK | KETERANGAN | PAUTAN |
|
Projek kolaborasi dengan aplikasi bayaran digital seperti Boost telah memulakan pengenalan Trend Cashless Society di premis perniagaan dan bazar di beberapa kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor |
INFO |
![]() |
COOL adalah satu aplikasi yang membolehkan rakyat Selangor berkongsi idea dan pandangan mengenai program pembangunan komuniti kepada Kerajaan Negeri. Ia merupakan platform yang ideal untuk menggalakkan e-penyertaan dan penglibatan rakyat Selangor dalam merancang dan membangunkan program pembangunan masyarakat. COOL juga memudahkan kerjasama antara rakyat Selangor dan Kerajaan Negeri melalui penglibatan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan Pusat Perkhidmatan DUN. | ![]() ![]() |
![]() |
Rakyat boleh menggunakan teknologi Waze sedia ada untuk melaporkan jalan berlubang di mana-mana lokasi. Tindakan akan diambil oleh PBT kawasan berkenaan. Cara melaporkan : |
![]() ![]() |
![]() |
Sistem ini bertujuan memudahkan orang ramai membuat pembayaran parkir dan kompaun menerusi satu akaun, satu aplikasi atas talian seragam dan berintegrasi menerusi telefon pintar merentasi pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan. Ia juga sebagai satu kaedah penambahbaikan dan pemudahcara kepada Jabatan Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan. www.smartselangorparking.com | ![]() ![]() ![]() |
![]() |
Satu eko-sistem menerusi platform atas talian kepenggunaan lestari yang mampu menghubungkan hampir kesemua pihak iaitu peladang, peniaga di pasar, pasukan pengurusan, pasukan penghantaran serta para pengguna iaitu rakyat Selangor. Keseluruhan komuniti ini dihubungkan bersama di dalam laman sesawang pasar pintar, sistem pengurusan inventori dan sistem penghantaran. www.seldec.com.my http://www.seldec.com.my |
![]() ![]() |
|
Aplikasi mudah alih ini adalah salah satu inisiatif negeri Selangor untuk meningkatkan perkhidmatan Bas Percuma Smart Selangor untuk manfaat penumpang bas kerana ia akan membolehkan mereka merancang perjalanan bas mereka dengan lebih baik. Pengguna akan dapat mengakses semua maklumat Bas Percuma yang disediakan oleh semua pihak berkuasa tempatan negeri Selangor. Maklumat seperti Anggaran Ketibaan (Estimated Time Of Arrival-ETA) disediakan untuk setiap hentian bas yang diliputi oleh Perkhidmatan Bas Percuma. Untuk menggunakan ciri-ciri yang disediakan dalam aplikasi, pengguna dikehendaki mendaftarkan akaun pengguna. Maklumat pengguna tertentu (seperti nombor telefon dan e-mel) diperlukan semasa langkah pendaftaran supaya urusetia mempunyai rekod kejadian / maklum balas yang pengguna kemukakan melalui aplikasi ini. Sebaik sahaja pengguna telah mendaftarkan akaun melalui aplikasi, e-mel pengaktifan akaun akan dihantar ke e-mel dan pengguna dikehendaki mengikuti arahan dalam e-mel untuk mengaktifkan akaun. Apabila pengaktifan akaun yang berjaya, pengguna akan dapat log masuk ke aplikasi dan mula menggunakan aplikasi untuk ETA bas dan pengesanan. Program Bas Smart Selangor telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap dan berkualiti kepada warga Selangor. |
![]() ![]() |
Kemaskini pada 2024-10-09 06:45:01 daripada Administrator